BAB 9

Romance Completed 7439

Agenda memecah tradisi…

Seluruh Lavender High School gempar dengan tersebarnya poster pencarian ahli pasukan sorak lelaki yang belum diberi nama. Lebih mengejutkan, peneraju pasukan sorak tersebut adalah Chaz. Ketua pengawas yang sememangnya cukup terkenal dengan kepantangan terhadap pasukan sorak sekolah mereka, Gadis Matahari. Dan panel yang akan menentukan kelayakan mana-mana pelajar lelaki yang berminat pula terdiri daripada anggota-anggota Nerd Dun Care!.

Met, Leo dan Din dipertanggungjawabkan untuk mencari seramai lapan belas orang lagi rakan yang dirasakan layak untuk menyertai misi mustahil mereka. Pelbagai kriteria perlu diambil kira untuk membentuk satu pasukan sorak lelaki yang mantap. Kebolehan dalam tarian, minat mendengar muzik dan memiliki tubuh yang kurus. Mereka berempat juga masih perlu melengkapkan diri bagi menghadapi pertandingan pasukan sorak pada tahun hadapan. Walaupun harinya masih terlalu jauh, mereka perlu bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk bersaing dengan Gadis Matahari pada acara saringan. Kemaraan mereka harus diberi perhatian. Setiap strategi perlu dilaksanakan dengan cemerlang untuk memberi saingan dan mencetuskan perang psikologi dengan Hani terutamanya. Kalah Gadis Matahari, bererti tewaslah Hani.

Dua puluh dua orang jejaka akhirnya membarisi satu pasukan sorak yang lengkap. Masing-masing sepakat menamakan pasukan itu sebagai Jejaka Lava. Lapan orang peserta yang dipilih secara sama rata daripada kumpulan Nerd Dun Care! dan Tak Kisah akhirnya melepasi ujian kelayakan bagi melengkapkan pencarian lapan belas ahli. Mereka akan berganding bahu dengan Chaz dan tiga lagi kawan baiknya Leo, Din dan Met. Daripada jejaka Nerd Dun Care! yang berpenampilan kemas dan segak, mereka bersedia untuk mengubah karakter kepada jejaka-jejaka sempoi dan ceria. Malah, masing-masing sudah mengenepikan gelaran ulat buku. Jurulatihnya tak lain tak bukan adalah Natalia. Menyampaikan segala gerak langkah yang sesuai dengan lagu melalui Chaz.

Latihan demi latihan mereka jalani. Hari ini, lagu nyanyian kumpulan Bunkface berjudul Bunk Anthem akan menjadi penentu sama ada layakkah mereka melepasi ujian saringan dan mengatasi saingan terdekat iaitu, Gadis Matahari. Sebenarnya, lebih tepat merujuk kepada Hani. Gadis ini pesaing licik yang harus mereka kalahkan.

“Gempur! Kita! Redah!” Mereka bersorak.

Gamat persekitaran padang apabila pasukan sorak lelaki pertama Lavender High School mencuba nasib. Kesemua dua puluh dua orang jejaka ini bersedia untuk menghadapi penilaian daripada juri-juri.

Natalia memerhatikan gerak langkah anak buahnya dengan perasaan bangga. Dia sungguh berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Chaz dan rakan-rakan yang lain. Kesemua mereka mempamerkan langkah yang bertenaga, jika ditakdirkan kalah pun hanya kerana nasib yang tidak menyebelahi. Jejaka Lava telah berusaha sebaik mungkin.

“Pasukan yang berjaya mewakili sekolah kita, untuk pertandingan kebangsaan buat julung kalinya adalah…” Debaran kian terasa. Jejaka-jejaka ini berpelukan. Tak henti bermohon agar laluan mereka dipermudahkan. Semuanya untuk Natalia.

“Jejaka Lava!” Pelajar lain yang menyaksikan acara saringan itu menjerit keriangan.

“Hoorey!” Sorakan memenuhi ruang padang. Mereka melompat sambil melambung pom yang berada dalam pegangan. Langkah seterusnya akan mereka hadapi penuh yakin. Ada rezeki boleh jadi juara kebangsaan pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience