BAB 10

Romance Completed 7439

Setahun berlalu…

Chaz mengenggam jemari Natalia yang terbaring lesu. Kelibat gadis itu tak lagi menemaninya sejak kebelakangan ini. Sejak memenangi ujian saringan tahun lepas, Natalia menghilangkan diri. Mungkin roh nya telah masuk semula ke dalam jasad.

“Natalia, bangunlah. Esok hari yang jadi penentu segalanya,” bisik Chaz ke telinga rakan sekelasnya itu. Dia mengharapkan agar keajaiban datang dan dapatlah Natalia menyedarkan diri.

“Gempur! Kita! Redah!” kata-kata keramat itu bergema di segenap ruang bilik persalinan. Riuh apabila padang Lavender High School dibanjiri oleh pelajar daripada sekolah menengah lain. Sesak jadinya!

Debaran perlu diatasi, mereka melangkah dengan penuh yakin. Keazaman yang membara mengetepikan persoalan menang kalah. Fikiran sebegitu hanya akan menjejaskan mutu persembahan.

Sebaik sahaja mendengar isyarat untuk memulakan persembahan, lagu Burnin’ Up nyanyian Jonas Brothers mengiringi langkah Jejaka Lava. Mereka tampak serasi dengan lagu itu, malah gerak yang diciptakan memperlihatkan betapa mereka berusaha untuk melaksanakan yang terbaik.

Gerakan Chaz, Met, Leo dan Din yang beraksi bagai penari Break Dance apabila masuk bahagian rap, membuatkan semua hadirin terpaku. Mereka teruja menyaksikan kelainan yang dipersembahkan oleh jejaka-jejaka ini. Jangan pandang rendah pada pasukan tunggal lelaki yang bertanding buat kali pertama. Mereka berjaya membuktikannya!

Gamat padang pada tengahari itu. Meski tercungap-cungap setelah melakukan persembahan yang sememangnya mencabar keupayaan diri sendiri, mereka puas. Masing-masing tersenyum. Biarlah juri memutuskan pasukan mana yang layak bergelar juara peringkat kebangsaan.

Natalia menggerakkan kerusi rodanya menghampiri Chaz. Dia menggagahkan diri untuk pergi ke Lavender High School untuk menemui rakan-rakan yang membantunya selama ini walaupun baru sahaja tersedar dari lena yang panjang. Setelah mendapat persetujuan daripada doktor, dia dinasihatkan untuk menggunakan kerusi roda kerana badannya masih lemah lantaran terlalu lama tidak sedarkan diri.

“Terima kasih, Chaz,” hanya ucapan itu yang mampu dilafazkan oleh Natalia. Mengalir air mata di pipinya. Chaz menyeka manik jernih itu. Met, Leo dan Din menghampiri Natalia. Kawan-kawan sepasukan mereka seramai lapan belas orang turut mengelilingi Natalia.

“Gempur! Kita! Redah!” kali ini sorakan semangat turut disertai oleh Natalia. Setelah mengharungi pelbagai suka dan duka bersama, takkan ada lagi diskriminasi antara Nerd Dun Care! dengan Gorgeous Babe. Dua golongan ini telah disatukan oleh semangat setiakawan yang luar biasa. Sesungguhnya kebencian boleh diatasi sekiranya kita memahami sesuatu perkara dengan mendalam. Mungkin yang tinggal selepas ini hanya persaingan antara Gadis Matahari dan Jejaka Lava. Maklumlah, ketua pasukan sorak perempuan sekolah mereka telah sedarkan diri.

Jejaka Lava tersenyum puas meskipun gelaran juara kebangsaan tidak menjadi milik mereka. Berjaya menempatkan diri bersama empat lagi pasukan terbaik, merupakan kenangan terhebat yang pernah dicipta. Terlalu bermakna untuk mengisi epilog persahabatan yang telah dicoret oleh mereka semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience