BAB 7

Other Completed 3021

Merasakan dirinya tidak diperlukan, Aisha menangis semahu-mahunya. Itulah titik permulaan dalam hidupnya dia menjadi benci terhadap mana-mana individu yang bergelar doktor.

“Ya,mak. Saufi jaga makan kat sini. Hari-hari makan nasi. Tak macam kat Jordan mak,” Saufi meyakinkan maknya.

“Mak, ingat tak Aisha?” Saufi tidak berselindung lagi.

“ Mana tak ingatnya, kawan Saufi yang sampai hari ini tak balik kampung semenjak rumahnya terbakar. Eishh, budak ni. Mak ada suruh adik kamu whatsapp bagitau kamu. Ayah Aisha dah meninggal sejak kebakaran tu.”

“Saufi tak tahu apa-apa ni mak. Adik lupalah tu nak bagitahu Saufi,”

“Adik kamu ada bagitahu kamu. Kamu cakap,buat apa nak bagitahu kat kamu pasal Aisha. Tak ada kaitan dengan kamu,”

“Mak, maaf mak. Mungkin Saufi stress masa tu. Apa yang jadi seterusnya mak?”

“ Aisha tu tak balik kampung lepas tu. Kalau cuti dia balik rumah mak sedara dia. Lepas tu dia minta posting kat Sabah lepas habis diploma kejururawatan. Mak ni dapat tahu daripada mak sedara dia yang selalu datang beli laksa kat warung mak”

Kedengaran Saufi mengeluh di hujung talian.

“Mak, Saufi kerja dengan dia sekarang. Tapi yang pelik dia macam tak kenal Saufi. Ya, Saufi ngaku, Saufi salah dengan dia, tapi….”agak mendatar suara Saufi.

“Kamu cuba lah bercakap dengan Aisha tu.Budak tu terasa lah tu. Dia dahla tak ada sapa-sapa lagi,” nasihat maknya.

“Baik ,mak. Assalamualaikum,”

“Waalaikumusalam.”

Saufi memejam mata. Cuba mengingat kembali detik retaknya persahabatan mereka. Tujuh tahun lalu, ketika dia masih Tahun Pertama. Dia balik bercuti di Malaysia. Sengaja dia tidak memberitahu Aisha perihal kepulangannya ke tanah air. Dia sudah merancang hendak keluar dengan rakan-rakan yang dianggapnya setaraf dengannya.

Apabila Aisha menghantar pesanan terakhir kepadanya ketika itu, dia hanya tersenyum sinis. Baginya ketika itu, suatu anugerah baginya apabila Aisha meyatakan tidak akan mengganggunya lagi. Dia bebas daripada budak yang tak ada standard. Dia bijak, dia boleh dapatkan kawan-kawan yang setaraf dengannya.

Tapi setelah beberapa tahun, dia mengalami kemerosotan dalam pelajaran. Hampir sahaja dibuang universiti. Ketika itu dia sakit,menyebabkan dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Kadang-kala dia terpaksa dimasukkan ke wad. Malang sungguh, kawan-kawan yang diagung-agungkan tidak seorang pun membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience