BAB 2

Other Completed 3021

Aisha hanya senyum dengan pesakit sahaja. Kalau dengan doktor jangan haraplah dia nak senyum. Aisha tahu ramai yang menggelarkannya robot tapi lantaklah. Dia tak peduli semua tu.

“ Dahla, aku nak solat dulu la,” ujar Aisha sambil tangannya pantas membentangkan sejadah di suatu sudut bilik itu. Farah dan Hanis menghentikan topik perbualan mereka lalu bergerak ke katil masing-masing. Seusai solat, Aisha terus tidur. Esoknya dia akan kerja pagi. Sesuatu yang tidak digemarinya. Perubahan syif dari syif petang ke syif pagi.

Rutin biasa. Pagi- pagi sebelum mulakan tugas, dengar staffnurse passover report dulu.Buat halaqah kat cardiac table. Menyampah sungguh Aisha kalau waktu tengah pass report tu, ada doktor ambil fail pesakit. Jenuh pula nak cari kalau letak merata. Pagi tu hanya Aisha super duper senior yang kerja di wad itu. Yang lain semua junior. Kisah pula dia. Bukannnya dia suka bergosip dalam wad.

Kerjanya disettlekan sorang-sorang walaupun ada kawan-kawan yang lain. Kalau betul-betul tak menang tangan barulah dia minta tolong kawan-kawan.Aisha juga jenis tak suka buli junior walaupun dia teruk kena buli dengan senior masa dia junior dulu. Dia tak mahu juniornya rasa apa yang pernah dialaminya dulu.

“ Dik, boleh tolong buat ECG untuk patient ni tak?”, kedengaran suara lembut seorang doktor wanita meminta pertolongannya.

Seperti biasa Aisha hanya mengangguk tanpa bersuara sepatah pun. Senyum pun tidak. Pendek kata wajahnya memang tidak punya perasaan. Memang hati dan perasaan Aisha sudah menetapkan bahawa insan yang bergelar doktor ni semua sama. Berlagak. Lupa kawan. Lupa kawan? Mungkinkah itu penyebabnya Aisha anti terhadap mana-mana doktor sepanjang dia menjalani latihan di hospital itu.

Selesai Aisha melakukan ECG iaitu pemeriksaan terhadap jantung, Aisha menyerahkan kertas yang merekodkan ECG itu kepada doktor tadi.

“ Terima kasih, Aisha,” ujar doktor wanita itu sambil senyum. Aisha hanya membalas senyum doktor itu acuh tak acuh sahaja. Doktor itu pelik dengan respon Aisha.

“ Mungkin penat kot,” getus hati doktor itu lalu menyambung kembali kerjanya.

Aisha duduk di meja belajar sambil melihat kalendar di hadapannya.Lebih kurang sebulan lebih lagi dia akan menamatkan diploma dalam bidang kejururawatan ini. Petang itu hanya dia dalam bilik.

Roomatenya semua kerja petang. Sunyi lah pula dirasakan. Sunyi? Wujudkah perasaan sunyi dalam dirinya yang sudah terbiasa hidup menyendiri itu? Pantas tangannya membuka siaran radio melalui telefon bimbitnya.

‘Tikaku kealpaan,kau bisikkan bicara keinsafan,

Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan,

Saatku kehilangan keyakinan kau nyalakan harapan

Saatku meragukan keampunan Tuhan

Kau katakan rahmatnya mengatasi segala….”

Air mata Aisha berlinangan saat mendengarkan lagu yang dimainkan DJ radio pada petang. Lagu yang sudah lama tidak didengarinya. Lagu yang mempunyai nilai sentimental dalam hidupnya. Lagu yang menjadi halwa telinganya saban malam suatu ketika dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience