BAB 5

Other Completed 3021

Saufi berjalan ke arah Aisha dengan membawa gelas berisi susu yang dibancuhnya.

Saufi menghulurkan gelas berisi susu itu kepada Aisha. Aisha menyambutnya dengan teragak-agak.. Saufi tampak segak dengan lab coat tersarung di badannya cuma air muka kelihatan suram dan kurang keyakinan.

“Terima kasih, doktor,” ujar Aisha.

“ Kita kawan dah lama, Aisha. Tak payah skema sangat panggil doktor,” ujar Saufi. Nadanya agak mendatar.

“ Kawan? Saya rasa hari ni hari pertama saya tengok doktor kat sini, errr…doktor Saufi,” ujar Aisha sambil memicingkan mata melihat nametag Saufi. Dia rabun, entah kat mana agaknya cermin matanya.

“Aisha” Saufi memanggil Aisha yang baru hendak keluar dari bilik itu.

Aisha berpaling dan mengerutkan keningnya,

“Doktor panggil saya ker?” soal Aisha. Saufi mengangguk.

“ Memandangkan hari ni hari pertama Saufi kat sini, jom kita pergi makan. Saufi belanja,” ujar Saufi.

“ Maaflah lah doktor, saya tak lepak ngan lelaki. Satu lagi doktor,ini wad. Saya staffnurse, jadi doktor kena panggil saya staffnurse Aisha, kalau kat luar tak kisahlah nak panggil Aisha jer”

Saufi hanya mengangguk. Jelas kekecewaan di riak mukanya.

‘Assalamualaikum,Saufi’

‘Waalaikumusalam, kenapa wei?’

‘Kau ada masalah apa sekarang ni? Senyap jer duk kat Jordan tu,’

‘Maaflah wei, aku busy sikit. Nak exam ni,’

‘Oh, aku ingatkan kau ada masalah. Biasanya kau kalau senyap ni, kau ada masalah,’

‘Jangan risaulah, pandai lah aku jaga diri,’

Aisha cuti pertengahan sem dua ketika itu. Sejujurnya dia senang dengan perkembangan Saufi yang semakin ceria dan pulih seperti biasa. Nampaknya semenjak dia melanjutkan pelajaran ke Jordan, rakan-rakannya yang menyisihkan dirinya dulu telah berkawan semula dengannya. Sering kali Aisha melihat gambar-gambar Saufi melalui Fac. Kelihatan semangat Saufi pulih kembali tidak seperti ketika mula-mula dia terpaksa berhenti program A-level di Kuala Kangsar kerana prestasi merosot akibat penyakit misteri yang dialami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience