BAB 3

Other Completed 3021

Lagu yang sudah lama dipadamkan dalam memori telefonnya serta dalam memorinya juga. Lagu Sebuah Pertemuan nyanyian kumpulan UNIC itu mengingatkan dia kepada seseorang. Seseorang yang mengajarnya erti mencari redha Allah. Tapi insan itu meninggalkannya terkial-kial seorang diri dalam mencari redha Allah .

“ Tak apa, aku redha,” lirih Aisha bersuara.Sepanjang dua tahun lalu dia bertekad untuk tidak menangis lagi tapi hari ini dia tewas. Kisah lama satu persatu terbit dalam memorinya.Aisha memejamkan mata.Pedihnya hanya Allah sahaja yang tahu.

‘Wei, aku dah sampai kat Melaka’.. Aisha menghantar pesanan ringkas melalui SMS kepada Saufi.

Tiba-tiba telefon Aisha berdering. Tertera nama Saufi di panggilan masuk telefonnya.

“ Assalamualaikum, Aisha. Kau buat apa kat Melaka. Bercuti tak cakap kat aku,” Kedengaran suara Saufi di hujung talian.

“ Waaalaikumusalam. Bila masa aku bercuti. Aku masuk latihan kejururawatan la kat sini”

“Kau tak cakap sepatah pun dengan aku”

“ Dah kau busy sangat nak buat macam mana.Berhenti kerja pun senyap-senyap. Sepatah pun tak cakap kat aku”

“Sorryla, aku ingat nak buat surprise kat kau. Aku dapat tawaran belajar dalam bidang perubatan kat Jordan. Tapi last-last aku yang terkejut sebab kau masuk bidang kejururawatan,”

“ Weh, serius beb? Kiranya jadi doktor la kau lepas ni. Doktor Saufi”

“ Hah, elok sangat. Lepas ni senang kau kerja dengan aku..Hahaha,” kedengaran suara gelak Saufi di hujung talian.

Masa itu Aisha merasakan segala beban hari pertama bergelar student nurse hilang begitu sahaja. Semakin bersemangat untuk dia menjalani latihan kejururawatan di situ memandangkan kawan baiknya juga bakal berjuang dalam bidang perubatan.

Saufi satu-satunya kawan yang dia ada selepas SPM. Ya, memang Aisha sekelas dengan Saufi masa Tingkatan 5 dulu tapi tidak pernah pula bertegur sapa. Namun, oleh kerana mereka sama-sama dipulaukan, mereka berdua menjadi rapat.

Apatah lagi mereka bekerja di tempat yang sama lepas SPM. Saufi pelajar cemerlang tetapi dia telah diberhentikan daripada mengikuti program A- level di Kuala Kangsar atas faktor kesihatan. Disebabkan itu dia dipulaukan dan dia bekerja bersama-sama Aisha di sebuah restoran.

“ Nurse, boleh assist saya tak? Nak masukkan femoral catheter,” ujar seorang doktor. Aisha mengangguk. Dia pergi menyediakan peralatan. Ketika itu jam pukul 11.30 pagi. Aisha berasa lesu kerana hari itu dia melakukan double syif. Dari malam dia bekerja dan terus sambung syif pagi kerana rakannya cuti sakit pada hari itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience