BAB 1

Other Completed 3021

Gadis itu berjalan perlahan-lahan menuju ke biliknya. Penat. PM shift. Dikuak pintu biliknya. Kelihatan roomatenya sedang rancak bersembang.

“ Doktor tu senyum kat aku la tadi,”

“ Ala, jealousnya aku. Untunglah kau satu wad ngan doktor tu,”

“ Aku dengar dia dah nak kahwin la,”

“ Ala, ruginya,”

Aisha hanya mengeleng-ngeleng kepala mendengar perbualan rakan sebiliknya. Bernanah telinganya setiap hari mendengarkan perbualan roomatenya berkisarkan doktor-doktor di tempat praktikal. Aisha buat muka menyampah. Aisha memang tak berapa suka pun kalau berbicara soal lelaki. Tambahan lagi kalau berkaitan doktor. BENCIIII…

Aisha mengambil baldi dan peralatan mandi. Kakinya pantas menuju ke bilik air. Penat dan nak tidur. Selesai mandi, Aisha melihat rakannya masih rancak bercerita pasal doktor.

“ Korang ni dah kenapa, asyik cerita sama jer. Hadap sangat ngan doktor. Apa korang ingat doktor tu pandang ker kat student nurse macam kita ni?” Aisha mencelah ketika mereka sedang gelak sakan.

Farah dan Hanis memandang ke arah Aisha dengan wajah kehairanan.

“ Rileksla, Aisha. Suka-suka jer pun,” ujar Farah.

“ Jangan sampai sikap korang yang nak suka-suka tu merosakkan hati korang. Doktor-doktor tu pandang rendah jer dengan student nurse. Korang buat gedik macam ni, lagilah diaorang menyampah.

Doktor tu semua berlagak. Macam manalah korang boleh minat kat diaorang,” ujar Aisha bersahaja.

“ Kau ni Aisha,selalu prejudis terhadap doktor-doktor kat hospital tu. Masa semester satu dulu kau tak pernah macam ni. Kau okey je dengan doktor. Tapi aku perasan masa akhir sem dua, kau tak habis-habis kutuk doktor. Memanglah diakui ada sesetengah yang sombong, tapi tak semua. Ada jer yang bagi tunjuk ajar kat student macam kita ni,” Ujar Hanis.

Aisha menjeling mendengar teguran Hanis. Baginya semua doktor sama sahaja. Entah mengapa dia bersikap anti terhadap doktor. Kalau di tempat praktikal, dia hanya bercakap dengan doktor sekiranya hendak melaporkan keadaan luar biasa pesakit serta mendapatkan kepastian plan perawatan yang diarahkan doktor.

Selebihnya Aisha hanya suka membuat kerjanya sendiri tanpa mempedulikan keadaan sekelilingnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience