BAB 4

Other Completed 3021

Sudah 3 tahun dia mula berkhidmat sebagai jururawat terlatih. Sudah tentu dia biasa double syif tetapi hari itu dirasakan begitu lesu. Mungkin sebab perutnya hanya beralaskan sekeping roti dan secawan milo yang tidak memadai dengan tenaga dikerah untuknya bekerja pada pagi itu.

“ Nurse, are you okay?” tegur doktor tadi. Doktor itu pelik melihat air muka Aisha yang kelihatan pucat sebaik sahaja dia menanggalkan mask setelah prosedur tadi selesai. Aisha tidak dapat menjawab pertanyaan doktor itu.

Aisha berasa lemas. Ketika prosedur tadi, table fan di bilik rawatan sempit itu ditutup. Aisha rasa perutnya sakit sangat.Kepalanya terasa pening. Terasa mual. Dia tahu, gastriknya sudah menyerang.

Aisha rasa pandangannya kabur. Bilik itu dirasakan berpusing-pusing. Dia cuba berpaut pada tombol pintu bilik rawatan itu tetapi gagal. Ada seseorang yang membuka pintu itu dari luar menyebabkan Aisha tidak dapat berpaut pada tombol pintu. Aisha makin lemah, namun dia sedar ketika dia jatuh, ada seseorang yang menyambut susuk tubuhnya.

“Nurse,nurse,” suara itu memanggil Aisha tetapi Aisha sudah pengsan.

‘Assalamualaikun, Saufi,’

‘Waalaikumusalam’

‘Aku rasa fed-up lah nak berubah. Ada yang tuduh aku ni spy dalam kelas aku.Aku kena pulau. Makan sorang. Jalan sorang,’

‘Kau kena ingat. Allah selalu ada dengan kau. Tak kisah la kalau orang tuduh kau, yang pasti kau tak buat.’

‘Mereka perlekehkan aku. Mereka cakap kat aku, tak payah nak alim sangat. Nak ustazah sangat. Pakai stoking bagai’

‘La, mereka tu tak pakai stoking ker kalau pakai kasut? hahaha’

‘Maksud mereka, kalau pakai sandal tak payah la nak pakai stoking. Kaki je pun’

‘Habis, nanti kat neraka nak cakap ala, neraka je pun. Jangan jadi lemah macam ni. Aisha, please stand on your feet. Nanti kat akhirat, kau cakaplah dengan Allah, Ya Allah, aku hambaMU cuba mentaati perintahMU di saat yang lain leka dan lalai. Maka rahmatilah aku ya Allah,”

‘Thanks,Saufi,”

Aisha membuka mata. Dia mendapati dirinya terbaring atas katil bilik doktor. Disisinya terdapat seorang doktor lelaki sedang membancuh susu.

“Doktor bancuh susu?” detik hati Aisha. Pelik.Mana staffnurse lain. Dia tidak pernah pula melihat doktor itu sebelum ini. Mungkin doktor baru di tugaskan di situ. Buat apa doktor itu tunggu kat situ. Takkan pengsan kejap jer, kena admit ward? Kalau kena admit ward takkan dia kena baring kat katil dalam bilik doktor? Sepatutnya dia kena baring kat katil pesakit. Macam-macam persoalan yang bermain dalam fikiran Aisha. Doktor itu membelakanginya

“ Nampaknya Aisha dah kurus sekarang, tak nampak dah tembam kat pipi tu. Saufi tak sangka Saufi dapat jadi houseman kat tempat Aisha berkhidmat. Jauh juga Aisha merantau, tak cukup dengan Melaka, sekarang Aisha datang berkelana di bumi Sabah pula.” butir-butir bicara yang dituturkan doktor itu mengejutkan Aisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience