BAB 8

Other Completed 3021

Cuma ada beberapa orang senior yang menjaga kebajikannya memberikan semangat dan membantunya menjalani hidup berlandaskan agama.Mereka menasihati Saufi agar tidak bersifat angkuh. Saufi sedar silapnya. Ketika itu dia hendak menghubungi Aisha tetapi Aisha tidak dapat dihubungi melalui nombor itu. Sesalan menimpa dirinya.

“Staffnurse, nanti kalau buat dressing pesakit tu, panggil saya ya, saya nak tengok bedsore dia,” ujar Saufi kepada Aisha.

Sebaik sahaja Aisha hendak mencuci luka, Saufi terlihat parut di lengan Aisha. Saufi baru perasan memandangkan Aisha hanya menyingsingkan lengan baju ketika melakukan prosedur. Setelah Aisha siap melakukan prosedur, Saufi segera mendapatkan Aisha di bilik rawatan. Hanya mereka berdua sahaja.

“Nurse, maaf. Parut kat lengan tu kenapa ya?” soal Saufi.

“Maaf doktor, doktor dapat dosa pula tengok aurat lengan saya tadi. Tu parut saya kemalangan dua tahun lepas,”ujar Aisha.

“Teruk ker nurse?”

“Agak teruk jugalah doktor, sampai saya tak ingat apa-apa. Tapi itu sementara sahaja, ingatan saya pulih sedikit.”

“Oh,” Saufi baru faham punca Aisha tidak ingat akan dirinya.Saufi mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Nurse, cuba tengok ni,” Saufi menunjukkan gambar mereka berdua ketika sama-sama bekerja di restoran dulu. Aisha mengerutkan dahi.

“ Macam muka saya, Cuma dia ni tak pakai cermin mata,” ucap Aisha.

“Namanya, Aisha Nur Haq binti Amin,” Saufi menjelaskan.

“ Tu nama saya, doktor,” Aisha bersuara bernada terkejut.

“ Inilah Aisha masa sebelum kita sama-sama sambung belajar. Saufi akui yang Saufi lupakan Aisha ketika itu hanya kerana perasaan bongkak Saufi.Saufi minta maaf sebab guna bahasa yang kasar ketika balas whatsapp Aisha tujuh tahun lalu. Saufi juga tipu Aisha yang Saufi study padahal Saufi lepak dengan geng kat restoran. Aisha maafkan Saufi,ya. Saufi harap sangat persahabatan kita dapat dipulihkan seperti dulu ” pinta Saufi.

Aisha kelihatan terpinga-pinga.

“Maaf, doktor. Saya betul-betul tak ingat siapa doktor dalam hidup saya. Saya tak ingat pun pasal whastapp, pasal doktor lepak kat restoran pizza apa semua tu. Saya betul-betul minta maaf. Saya nak sambung kerja saya ya,”ujar Aisha. Setelah itu Aisha keluar dari bilik rawatan itu.

Saufi kecewa. Tapi tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

“Kenapa Aisha buat Saufi menderita macam ni,” rintih Saufi memikirkan kebenaran yang baru terfikirkan oleh akalnya.

Saufi cuti hari itu. Dia menunggu Aisha di parkir kereta.Semalam dia sudah melihat jadual kerja Aisha. Aisha kerja pagi. Maksudnya sekejap lagi Aisha akan balik. Saufi amat berharap Aisha tidak akan buat double shift pada hari itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience