BAB 9

Other Completed 3021

Apabila melihat kelibat Aisha, Saufi terus menuju ke arahnya. Sebaik sahaja Aisha masuk ke dalam kereta, Saufi terus masuk ke dalam kereta.

“Aisha, Saufi nak cakap dengan Aisha,” nada Saufi agak serius. Aisha terkejut. Masakan tidak Saufi tiba-tiba berada di seat sebelahnya.

“Doktor, saya nak balik lah,” ujar Aisha.

“ Saufi akan ikut Aisha balik rumah jika Aisha tak bagi peluang kat Saufi sekarang,”

“Cakaplah,” ujar Aisha. Dia takut jika Saufi mengekorinya sampai ke rumah.

“Aisha, Saufi tahu Saufi pernah buat salah dulu. Tapi janganlah Aisha buat Saufi macam ni. Aisha buat Saufi rasa terseksa sangat, sampai bila Aisha nak pura-pura tak kenal Saufi?” lirih suara Saufi kerana menahan air mata.

“Doktor,kan saya dah cakap, saya tak ingat apa-apa pasal doktor.” ujar Aisha.

“Dahlah tu Aisha, Saufi ada cakap pasal lepak kat restoran, tapi Aisha cakap tak tahu apa-apa pasal Saufi lepak di restoran pizza. Saufi tak mention apa-apapun pasal restoran tu pizza ker, KFC ker. Macam mana Aisha tahu masa tu Saufi kat restoran pizza?”

Aisha menggigit bibirnya. Nampaknya, Saufi telah mengetahui perihal itu. Aisha tunduk. Air matanya gugur jua. Selama 3 bulan Saufi ditugaskan ke wad sama dengannya, dia sengaja berpura-pura bahawa dia tidak mengenali Saufi. Disangkanya Saufi takkan persoalkannya sehingga sejauh itu.Jangkaannya meleset sekali.

“ Aku…..memang bodoh kan, Saufi. Aku minta posting ke Sabah untuk mengelakkan daripada terjumpa kau sebab kau pernah cakap kau taknak kerja kat Sabah.Bila kau panggil nama aku masa tolong aku pengsan tempoh hari, aku pura-pura tak kenal kau supaya kau tak bahasakan nama kau Saufi.Tapi kau degil, kau selalu bahasakan diri kau Saufi. Aku tak suka, ia megingatkan aku dengan kebodohan aku. Kebodohan aku yang jatuh hati kat sahabat aku sendiri. Kebodohan aku yang selalu fikirkan pasal manusia bernama Saufi padahal manusia tu tak fikir pun pasal aku. Manusia yang tinggalkan aku sorang-sorang sewaktu aku baru belajar mahu mengenal Pencipta,” rintih Aisha.

Saufi memandang Aisha. Dia tidak pernah melihat Aisha menangis.

“Maafkan Saufi sebab abaikan Aisha . Saufi tahu masa tu Saufi bongkak, angkuh dulu.Aisha, sudikah Aisha jadi makmum Saufi dalam melayari bahtera menuju ke syurga Allah?” ucap Saufi. Aisha masih lagi tunduk.

“ Tak perlulah Saufi lakukan penghinaan lagi terhadap Aisha. Jangan kerana kesiankan Aisha, Saufi nak kahwin dengan Aisha,” ucap Aisha dalam keadaan teresak-esak.

“Tak,Aisha, Saufi dah lama cari Aisha. Saufi harap Aisha boleh terima Saufi seadanya,” agak mendatar suara Saufi.Aisha mengangkat muka memandang Saufi.

“ Betul ker Saufi?” soal Aisha. Saufi hanya tersenyum dan mengangguk.

Tetamu dan jiran tetangga semakin ramai datang ke rumah Saufi. Imam menepuk-nepuk bahu Saufi. Saufi memandang muka imam. Kemudian dia memandang ke arah bidadarinya. Saufi sebak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience