BAB 8

Drama Completed 374

"Wan, kita follow belakang!" Jihan menarik Samsul .

"Apa kau nak, hah?!" Khaleyla menjerit sebaik sahaja ikatan mulutnya dibuka.
"Aku nak teman lelaki kau." Sophie berjalan mengelilingi Khaleyla .
"Dia bukan teman lelaki aku!" Khaleyla geram.
"Well, I don't care. You're just a bait." Sophie ketawa besar.
"Apa salah dia sampai kau libatkan aku sekali?" Khaleyla cuba mengorek rahsia.
"Dia yang menyebabkan bapa aku muflis! Sebab dia, aku hilang harga diri, hilang maruah! Sebab dia mak aku mati! Dia pembunuh keluarga aku!!!" Sophie menjerit.
Khaleyla tidak faham. Dia tahu Adrian seorang yang panas baran, ego dan ganas. Tidak pernah terlintas di kepalanya Adrian sanggup membunuh.
"Terkejut?" Sophie ketawa galak. Meremang Khaleyla mendengarnya. Tidak ubah seperti orang gila.
"Kau terkejut Adrian macam tu?" Sophie merentap rambut Khaleyla . Gadis itu menjerit kesakitan.
"5 tahun lalu, bapa aku yang menguasai perniagaan minyak dunia. Bapa aku menguasai kerusi Presiden dan aku pewaris harta bapa aku. Bapa Adrian cuma orang bawahan bapa aku.
Satu hari, bapa aku ditangkap kerana tuduhan rasuah dan menggelapkan duit syarikat. Kemudian, bapa Adrian naik sebagai Presiden. Bapa dia cuma Ketua Eksekutif, memegang hanya 5% saham syarikat. Sedangkan mak aku yang mendominasi dengan 40% saham. Tapi..." Sophie tak mampu meneruskan. Dia menangis teresak-esak.
"Tapi!!" Sophie tiba-tiba ketawa semula. "Tapi, mak aku dibunuh dengan kejam pada malam bapa aku diisytiharkan muflis. Mak aku mati!!! Bapa dia yang upah orang supaya bunuh mak aku!
Aku pulak!! Aku dirogol dan dijual sebagai pelacur!!" Sophie menangis lagi.
Khaleyla terasa sebak. Dia tidak percaya dengan tuduhan Sophie. Setahunya, arwah bapa Adrian seorang dermawan. Hasil zakatnya disumbangkan kepada pembinaan rumah berkos rendah untuk golongan miskin.
"Khaleyla !!" Adrian tercungap-cungap.
"Well, well, well!!" Sophie berdiri. Tawanya kian menakutkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience