BAB 2

Drama Completed 374

Khaleyla kagum melihat rumah agam di hadapannya itu. Buat seketika, hatinya tenang. Khaleyla berjalan ke pintu utama sambil menikmati pemandangan taman Jepun di bahagian kanan dan taman ala barat di bahagian kiri.
Asyik melihat kiri kanan, Khaleyla terlanggar sesuatu.
"Aaargh!!!" Khaleyla hampir tersungkur apabila tangannya disentap. Khaleyla menoleh.
'Wah, handsome-nya!' Khaleyla tersengih-sengih sendirian.
"Cik tak apa-apa?" seorang lelaki berkemeja biru tersenyum sumbing.
"Er...tak. Terima kasih." Khaleyla melepaskan tangannya.
"Jalan tu hati-hatilah sikit." Lelaki itu sempat memberi nasihat. Dia berlalu ke arah keretanya.
Lemah lutut Khaleyla dibuatnya. Sudahlah kacak, kaya, berbudi bahasa pula. Memang boleh dibuat calon suami!, getus Khaleyla nakal. Dia tergelak sendiri.
"By the way, saya Samsul . Kalau Adrian buat something inappropriate pada awak, just call me." Lelaki itu bersuara. Khaleyla tersentak. Entah bila masa lelaki itu berdiri tegak di hadapannya. Terketar-ketar dia menyambut kad di tangan Samsul .
"Thanks." Khaleyla tersengih lagi.

"Lepas buat calculation, jumlah ganti rugi yang awak kena bayar ialah RM 50, 000." Adrian mencampak sampul surat sebesar kertas A4 di atas meja.
"RM 50, 000?! Jangan mengarutlah!" Khaleyla terkejut. Manalah dia mampu untuk membayar sebanyak itu. Dia hanya bekerja part-time di kedai bunga. Sekadar untuk mengurangkan beban ayahnya.
"Buat apa aku nak mengarut dengan kau. Buang masa aku je." Adrian berdiri memeluk tubuh.
Khaleyla mahu sahaja menangis. Dia tunduk melihat karpet. Mana mahu cari duit. RM 50,000 bukannya sedikit.
"Saya nak minta masa sikit, encik. Saya orang susah. Bagilah saya masa nak kumpul duit." Khaleyla merayu dengan suara tersekat-sekat.
"Aku nak duit tu settle by end of this month." Adrian berkeras.
Khaleyla tak mampu menahan air matanya lagi. Dia menangis sekuat-kuat hati.
"Kau ni memang tak berhati perut! Orang kaya semua macam tu. Mendiskriminasikan kami yang susah. Apa salahnya kau bagi aku masa. Bukannya kau desperate nak pakai duit pun! Dalam akaun kau mesti ada berjuta-juta Ringgit lagi!! Setakat RM 50,000 bukannya masalah! Kenapa mesti kau buat aku macam ni!!" Khaleyla menumbuk-numbuk dada Adrian .
Adrian tergamam melihat perubahan mood Khaleyla yang begitu drastik. Dia menarik Khaleyla ke dalam pelukannya. Gadis itu menangis semahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience