BAB 5

Drama Completed 374

Khaleyla bersandar di belakang kaunter. Dia mengeluh berat. Sudah sebulan dia bekerja di rumah agam itu. Ada-ada sahaja kerenah Adrian . Naik bosan dia dan menyampah dia melayan fiil mamat beruk tu. Menurut perjanjian mereka, kontrak mereka bakal tamat 60 hari lagi. Dalam menunggu tempoh itu, dia pasti dia sudah dimasukkan ke rumah sakit jiwa atau pusat rehabilitasi.
"Sabar je lah, Leyla ." Neeraya mengusap bahu kawannya itu.
"Aku tengah sabarlah ni. Kalau aku hilang sabar, mati jantan tu aku kerjakan." Khaleyla mengeluh lagi.
"Excuse me." Suara seseorang menganggu perbualan mereka.
"Selamat datang. Boleh saya bantu cik?" Neeraya melayan pelanggan wanita itu.
"Saya nak tempah bunga. Tapi, saya tak tau bunga macam mana sesuai untuk ucapan terima kasih." Wanita itu menerangkan.
"Oh, kalau macam tu cik boleh ikut saya ke belakang. Ada banyak sampel. Silakan." Neeraya berlalu dari kaunter.
Khaleyla mengambil alih tempat Neeraya . Baru hendak mengemas kaunter, telefon bimbitnya berdering. Panas hatinya melihat nombor yang tertera.
"Ya, Encik Adrian . Apa boleh saya bantu?" Khaleyla cuba berlembut.
"Hari ni kau tak payah masuk kerja. Tunggu je kat kedai sampai aku datang." Adrian memberi arahan.
"Kenapa pulak?"
"Ish, banyak soal pulak! Tunggu je lah." Adrian terus mematikan talian.
"EEE, GERAMNYA AKU!!!" Khaleyla meramas-ramas apronnya.
"Kenapa geram sangat ni?" Entah bila masa wanita itu berada di hadapannya, dia pun tak sedar.
"Tak ada apa. Cik nak buat bayaran ke?" Khaleyla membetulkan rambutnya yang berserabai.
"Ya. Boleh tak tolong hantar sekali ke alamat ni?" Wanita itu meletakkan sehelai kertas di hadapan Khaleyla .
"Alamat ni?" Khaleyla terkejut apabila membaca alamat Adrian .
"Ya. Ada masalah ke?" Wanita itu tersenyum manis.
Khaleyla menggeleng. Dia terus menunduk untuk menulis resit.
"Khaleyla !" Tiba-tiba Adrian muncul. Dia terkaku melihat wanita yang sangat dikenalinya.
"Adrian ?" Wanita itu menanggalkan cermin mata hitamnya.
"Sophie." Adrian menghampirinya malas.
"It's been a long time!" Sophie membuka tangannya untuk memeluk Adrian tetapi dia lebih pantas mengelak.
"Kau tunggu apa lagi? Cepat sikit! Aku tunggu dalam kereta." Adrian segera keluar dari kedai itu.
Khaleyla serba salah. Dia memandang Sophie. Wanita itu menggigit bibir.
"Saya minta maaf pasal tadi." Khaleyla cuba memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience