BAB 4

Drama Completed 374

Adrian hanya memerhatikan gadis itu melakukan kerja dari atas. Sebelum menandatangani kontrak, Khaleyla meminta sedikit perubahan dilakukan. Dia hanya bekerja pada waktu petang hingga malam kerana kuliahnya di waktu pagi. Adrian bersetuju asalkan dapat melihat gadis itu setiap hari.
BEEP!!
Adrian mencapai telefon bimbitnya lalu membaca mesej daripada nombor yang tidak dikenali itu.
'Aku benci kau!!'
"Gila!" Adrian menghapuskan mesej itu. Sejak 5 bulan yang lalu, dia sering menerima panggilan dan mesej berbaur ugutan. Dia hanya menganggap itu semua 'prank'.
"Siapa gila?" Jihan menegur.
"Oh, ni ha. Unknown number yang selalu kacau aku." Adrian duduk di hujung katil. Jihan mencapai majalah lalu duduk di sofa. Samsul hanya berdiri di tingkap.
"Lawa maid kau." Tegur Jihan.
Adrian tersenyum lebar. Dia berbaring menghadap siling.
"Dah lama aku tak nampak kau senyum macam tu. Ada kaitan ke dengan maid tu?" Samsul meneka.
Adrian tidak mendengar teguran Samsul . Dia masih tersenyum-senyum sendiri.
"JIE!!" Jihan menjerit.
"Hah?! Kenapa?!" Adrian tersentak.
"Kau ni macam orang angau apahal? Dah 5 kali aku panggil." Samsul memaut bahu Adrian .
"Kau suka maid baru tu, eh?" Jihan serkap jarang.
"Mana ada." Adrian menolak tangan Samsul .
"Tipu. Muka kau merah. Come on-lah, Jie. Aku dah kenal kau sejak dari kecil la. Kau memang tak boleh bohong kitorang." Samsul menepuk-nepuk bahu Adrian .
"Okay, fine! Aku suka dia. Korang ingat aku suka-suka ke nak ambil dia kerja? Itu cuma alasan untuk tengok dia hari-hari." Adrian mengaku.
"Kalau macam tu, baik kau kahwin je dengan dia." Jihan beralih ke balkoni.
"Tak nak. Aku nak buat dia jatuh cinta dengan aku dulu, baru aku fikir pasal kahwin."
"Good luck, then." Samsul ketawa besar. Jihan dan Adrian turut ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience