BAB 9

Drama Completed 374

"Kalau kau nak aku, jangan libatkan Khaleyla ! Lepaskan dia!" Adrian mengepal tangannya.
"Kalau aku tak culik dia, sampai mampus kau tak datang." Sophie merentap rambut Khaleyla . Khaleyla menjerit kesakitan.
"Fine! Aku dah datang! Jangan apa-apakan dia." Rayu Adrian .
"Jangan melawan. If you dare to lift even one finger, she'll die." Sophie memberi amaran.
Adrian cemas apabila 5 orang lelaki mengelilinginya. Dia cuba mempertahankan diri.
"Remember, lift one finger and I kill her!!" Sophie mengingatkan.
Adrian tiada pilihan melainkan membiarkan sahaja dirinya dibelasah. Perutnya ditumbuk beberapa kali. Wajahnya terasa kebas selepas menerima beberapa das tumbukan. Dia terasa ada cecair pekat mengalir di hidungnya.
"Adrian ! Don't be stupid! Lawanlah!! ADRIAN !!!" Khaleyla menangis teresak-esak.
BANG!! BANG!!
Suasana sunyi. Dua orang lelaki tumbang. 3 algi berundur. Sophie memaut leher Khaleyla dengan sebilah pisau. Adrian terbaring lemah. Dadanya turun naik menahan sakit.
"Sophie." Jihan masuk dengan sepucuk pistol. Dia tersenyum sumbing.
"Jangan dekat! Aku bunuh dia!" Sophie mengangkat pisau tinggi di udara.
"Bunuhlah, kau ingat aku takut?" Samsul pula muncul sambil mengacukan pistolnya ke arah Sophie.
"AARGH!!!"
BANG!! BANG!!
Pisau terlepas dari tangan Sophie. Terus ke lantai. Sophie melihat tangannya yang ditembak oleh Jihan.
"Bukan bapa Adrian yang bunuh keluarga kau." Samsul menghampiri Khaleyla lalu mendorong gadis itu kebelakangnya.
Sophie tercungap-cungap menahan sakit. Matanya tajam menikam wajah Samsul .
"Harlem, kawan baik bapa kau yang upah orang supaya bunuh keluarga kau. Lepas disoal siasat, hanya bapa Adrian yang terselamat daripada semua konspirasi ni. Sebab tu dia yang menjadi Presiden." Jihan menambah.
"Uncle Harlem?" Suara Sophie tenggelam timbul.
"Yes, your dearest Uncle Harlem who kills your family." Samsul membenarkan.
"But, why?" Sophie menangis lagi.
"Because he wants to be the President." Samsul bertinggung di hadapan Sophie. Dia memeriksa kecederaan di tangan Sophie. "Luka ni agak dalam. Biar aku bawa kau jumpa doktor peribadi aku. He will absolutely keeps this secret from police." Samsul mengusap rambut Sophie.
"Why don't you just kill me?!" Sophie menikam kaki Samsul .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience