BAB 1

Drama Completed 374

"Saya amat berbesar hati dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke sidang akhbar istimewa ini." Adrian memulakan bicara. Flash kamera tidak menganggu penglihatannya.
"Apa tujuan encik mengadakan sidang akhbar ini?" seorang wartawan bertanya. Tangannya bersiap sedia menaip respon Adrian .
"Saya ingin mengumumkan bahawa pada hujung tahun ini, saya Badry Adrian bin Tan Sri Afwan akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis idaman saya." Tenang Adrian memberitahu.
Suasana bertukar menjadi gempar.
"Encik Adrian , siapa bakal isteri Encik Adrian ?" seorang lagi wartawan bertanya.
Adrian tersenyum puas. "Orangnya ialah..."

3 tahun lalu
"AAARGHH!!!" Khaleyla menjerit sambil kakinya menekan brek sekuat hati. "Alamak..." Khaleyla melihat jenis kenderaan yang dilanggarnya.
Seorang lelaki bersut hitam keluar dari kereta. Dia membukakan pintu tempat duduk belakang. Khaleyla memeriksa kerosakan yang telah dilakukannya. Lampu keretanya pecah, manakala kereta mewah itu hanya tercalar sedikit.
"Hoi! Buta ke?!" Seorang lelaki pertengahan 20-an menempik.
Tersentap Khaleyla dibuatnya. Perlahan-lahan Khaleyla menoleh ke arah empunya suara.
'Mak aih! Smart-nya, tapi tak ada budi bahasa.' Sempat Khaleyla mengumpat dalam hati.
"Maaf, encik. Saya tak perasan kereta encik lalu tadi." Khaleyla berlembut.
"Senangnya cakap! Woi, kau ingat maaf tu boleh ganti kereta aku?!" Adrian menjerkah gadis awal 20-an itu.
Khaleyla garu kepala. Nak bayar ganti rugi tentu tak termampu olehnya. Tengoklah kereta, BMW 7 Series. Khaleyla meneguk liur.
"Kau tau tak berapa harga kereta ni?" Adrian menekan suaranya.
Khaleyla menggeleng.
"USD 1.5 juta!" Adrian menjerkah. Khaleyla tertunduk.
"Tau pun takut." Adrian tergelak jahat.
Lelaki itu mencampak sekeping kad ke muka Khaleyla .
"Esok datang tempat tu, pukul 10 pagi. Lambat seminit, aku triple ganti rugi!" Adrian segera berlalu.
"Aku benci lelaki tak guna tu!!" Khaleyla membentak. Panas sungguh hatinya.

"Kau cakap kereta tu USD 1.5 juta?" Samsul terkejut.
"Kau patut tengok muka perempuan tu. Aku nak tergelak dah tadi." Adrian bermain dengan bola tenis di tangannya.
"Tak patut kau buat macam tu, Jie. Bukannya teruk pun kereta kau tu. Kesian lagi dia kena ganti lampu." Jihan menyampuk.
"Korang tak faham. Aku tau lah apa yang aku buat." Adrian tersenyum sinis. 'Aku dah jatuh cinta!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience