BAB 6

Drama Completed 374

"It's okay. Saya faham, Adrian memang macam tu. Tak pernah berubah." Sophie memegang tangan Khaleyla lembut.
"Bunga ni..."
"Batalkan. Duit tu awak simpanlah." Sophie menyerahkan not 150 kepada Khaleyla .
"Tapi,.."
"Tak ada tapi. Pergi cepat sebelum Adrian naik angin." Sophie menarik Khaleyla supaya keluar.
Tergesa-gesa Khaleyla menuju ke kereta Volkswagen Beetle baru itu. Wajah Adrian nampak tegang. Sepanjang perjalanan, Khaleyla takut hendak bersuara. Adrian pula tidak tenang dalam pemanduan.
Khaleyla terpaksa mengejar Adrian yang berjalan lau ke hadapan. Lelaki itu berhenti di pintu masuk sebuah butik. Khaleyla tercungap-cungap.
"Dengar sini. Hari ni aku bagi kau 'bonus', tapi dengan syarat kau kena temankan aku pergi majlis makan malam, malam ni." Adrian berterus-terang.
"Hah?!" Khaleyla terkejut. Tidak pernah dia mengikuti majlis makan malam formal.
"Masuk dalam, cari orang nama Lisa. Dia tau apa nak buat. Aku tunggu kat Burger King." Adrian berlalu sebaik sahaja memberi arahan.
"Hah?" Khaleyla hilang punca. Menyampah sungguh dia dengan Adrian yang suka bertindak melulu.

Adrian membetulkan tali lehernya. Sejak melihat transformasi Khaleyla , dia jadi tidak keruan. Organ pernafasannya terasa sempit. Tambahan pula banyak mata yang mencuri pandang pada Khaleyla .
"Encik, saya tak selesalah." Khaleyla berbisik.
"Tahanlah kejap. Majlis belum mula pun." Adrian memegang tangan Khaleyla erat.
Khaleyla mengeluh. Sungguh dia tidak selesa dengan pakaian itu. Sehelai dress labuh berwarna krim dipadankan dengan sepatu dari Jimmy Choo. Sempat juga dia membuat spa.
"Encik, saya nak pergi toilet." Khaleyla menarik tangannya.
"Cepat sikit." Adrian sempat berpesan selepas menunjuk arah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience