BAB 7

Drama Completed 374

"Ish, rimas betul!" Khaleyla duduk di singki selepas menanggalkan kasut.
"Khaleyla ."
Khaleyla mendongak. Matanya terbelalak melihat manusia yang berdiri di hadapannya.
"Awak?"
BUKK!!
Khaleyla terus tidak sedarkan diri.

Adrian tidak sedap hati. Samsul dan Jihan hanya melihat Adrian tidak senang duduk.
"Kau ni kenapa?" Jihan menegur.
"Khaleyla , dah 15 minit dia pergi toilet." Adrian memberitahu.
"Dia sesat kot." Samsul mengusik.
"Mustahil! Aku dah cakap kat dia yang aku tunggu sini." Adrian meneguk segelas soda.
"Kejap lagi baliklah tu." Jihan memerhatikan beberapa orang gadis yang sedang berbual di tepi kolam renang.
KRIING!! KRIING!!
Adrian segera mengeluarkan telefon bimbitnya. 'Unknown?' bisiknya.
"Hello?" Adrian menjawab berhati-hati.
"Encik Adrian !! Tolong saya!!!" Suara Khaleyla menjerit meminta tolong.
"Khaleyla !! Kau kat mana?!" Adrian cemas.
"Risau? Datang ke alamat yang aku berikan kejap lagi. Kalau kau tak muncul dalam sejam, mati kesayangan kau ni. Make sure you're alone." Lelaki itu ketawa sebelum mematikan talian.
"Hello, hello!! Khaleyla !!" Adrian menjerit bagai orang gila. Samsul dan Jihan segera menghampiri.
"Unknown number call lagi. Khaleyla diculik. Kita kena cepat. Within an hour, if I don't show up, she'll die." Adrian hilang arah.
"Biar kita pergi sama-sama." Jihan mencadangkan.
"Jangan! Dia nak aku datang sorang. Korang jangan masuk campur." Adrian segera berlari keluar.
"ADRIAN !!" Samsul berteriak. Lelaki itu tidak menghiraukan. Dia berlari begitu pantas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience