Bab 3

Romance Completed 50396

"Eh perempuan! Kau ni memang tak faham bahasa kan?! Kan aku dah cakap jangan dekat dengan anak aku! Eii kau ni memang tak guna!" Jerkah Datin Faizah setelah menerjah masuk ke dalam kedai buku milik Dania.

Dania yang sedang membaca novel di tempat yang rehat yang disediakan terus terkejut dan bangun dari tempat duduknya.

"Da-datin buat apa dekat sini?" Tergagap-gagap Dania menjawab.

"Kau dengar sini perempuan! Sekali lagi aku nampak kau dekat-dekat dengan anak aku aku tak teragak-agak nak hantar orang untuk rosakkan kau! Anak har-"

"Mama!" Jerkah Fauzan yang tiba-tiba berada di depan pintu kedai buku Dania dengan Muka merah menahan marah.

"Fauzan..." Datin Faizah yang terkejut dengan kedatangan anaknya di kedai Dania terus membawa keluar kipas tangan yang berwarna merah dari handbagnya ,lalu mengipas wajahnya yang berpeluh.

"Jadi inilah hal mama yang sebenar?" Tanya Fauzan sinis. Aku hanya mendiamkan diri. Takut untuk bertentang mata dengan Fauzan. Tidak pernah aku lihat wajahnya yang bengis itu.

"Eh mana ada... mama datang sini nak beli buku resipi masakan itali tu je. Kan Dania?" Datin Faizah menjegilkan matanya ke arah aku.
Aku segera mengangguk laju.

"Tak payah nak tipu lagi mama! Fauzan dah dengar semuanya tadi! Awak pun sama Dania. Jadi sebab ini lah awak tolak saya mati-matian?! Sebabkan ugutan mama ni?" Tanya Fauzan memandang ke arahku wajahnya tidak setegang tadi.

Aku masih mendiamkan diri. Tetapi air mata yang tidak dapat didiamkan terus mengalir laju.

"Sampai hati mama buat Fauzan macam ni! Fauzan anak mama! Sanggup mama tengok anak mama tak bahagia,tak makan,tak boleh tidur malam disebabkan lamarannya ditolak oleh orang yang disayangi sepenuh hati kerana mama?" Luah Fauzan dengan nada kecewa . Air mata lelakinya mengalir, Aku terkaku.

"Fauzan... mama tak bermaksud macam tu... mama buat ini semua bersebab. Kita tak tahu dia asal dari mana. Keluarga dia pun kita tak tahu dari mana."

"Fauzan tak kesah semua tu mama! Dania baik.. hanya dia
sorang Fauzan cinta,Fauzan sayang sepenuh hati Fauzan. Hanya Dania Aisya yang boleh membuatkan Fauzan bahagia mama." Ujarnya sayu. Matanya memandang tepat kedalam mataku. Jantungku kembali berdebar dengan laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience