Bab 1

Romance Completed 50396

"Kau ni tak faham bahasa ke? Aku cakap aku tak cintakan kau! Aku tak sukakan kau! Jangan ganggu aku lagi!" Jerit aku ke arah Fauzan.

"Nia.. kau tahu aku cintakan kau dari dulu lagi.. aku tunggu kau dah lama Nia. Apa salah aku sampai kau tak boleh terima aku?" Ujar Fauzan sambil melutut di hadapanku, aku segera menjauhkan diri sedikit.

"Fauzan... kau tahu cinta tak boleh dipaksa kan?" Tanyaku cuba berlembut. Aku menyelak rambutku sedikit dan diselitkan ditepi telinga.

"Aku tahu... tapi-"

"Jadi... jangan paksa aku untuk cinta kerana aku tidak mencintai,fauzan." Ujarku lemah.

"Aku tahu cinta tak boleh dipaksa ,Tapi.. tak salah untuk aku berusaha memenangi hati keras kau,mencuba untuk mencairkan hati kau. Kerana aku benar-benar mencintai." fauzan meraih tanganku,tetapi aku menolak.

"Suka hati kaulah fauzan,aku dah tak tahu nak cakap apa."jawabku Aku mengalah. Aku terus membuka pintu untuk masuk kedalam rumah.

"Aku akan terus berusaha untuk mendapatkan cinta kau Dania Aisya. Aku akan selalu mendoakan suatu hari nanti cinta kita akan bersemi!" Jerit fauzan dari luar rumah.

Aku menyandar pintu rumah.

"Maafkan aku fauzan, aku ada sebab untuk tidak menerima cinta kau." Air mataku menitis seiring dengan kesakitan di dada yang perit kerana menolak cinta orang yang di cintai.

"Kau tak layak untuk anak aku! Kalau kau terima lamaran anak aku, siap kau aku kerjakan! Entah dari mana datang! Asal usul pun aku tak tahu. Entah-entah anak haram!" Herdik Datin Faizah.

Air mata yang ditahan-tahan akhirnya mengalir turun ke pipiku. Pedih hati ini bila di katakan anak haram. Aku tahu aku anak yang dibesarkan di rumah anak yatim barakah, tidak tahu asal usulku. Tapi perlukah aku dilayan sebegini rupa? Jijik kah menjadi anak yatim? Hinakah?

"Saya tahu saya anak yatim Datin. Tapi perlu ke Datin hina saya macam ni sekali? Hina sangat ke menjadi anak yatim? Saya tak minta untuk menjadi anak yatim yang tidak tahu asal usul saya Datin! Semua sudah ditentukan oleh Allah!" Jawabku mempertahankan diriku.

"Ahh! Aku tak kira kau siapa! Kau ingat.. jangan pernah sesekali mendekati Fauzan anak aku kalau kau nak hidup tenang!" Ugut Datin Faizah,lalu masuk kedalam kereta mewahnya dan berlalu meninggalkan aku terkulat-kulat ditepi pagar rumahku."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience