Bab 9

Romance Completed 50396

Air mata tidak henti-henti mengalir turun kepipi.. tambah-tambah bila melihat keadaan Fauzan yang penuh berselirat dengan wayar. Kepalanya berbalut wajahnya dipenuhi luka-luka kecil. Kaki kirinya bersimen.

Alhamdulillah Fauzan sudah melepasi tahap kritikalnya semalam ,kini dipindahkan ke wad VIP.

"Fauzan.. aku tahu kau kuat,kau boleh lawan semua ni. Aku janji kalau kau bangun dan takyah lalui masa koma kau,kita kahwin. Takyah bertunang kahwin terus. Aku cintakan kau,sayangkan kau sepenuh Hati aku. Aku minta maaf selama ini aku selalu sakitkan hati kau.."
Aku mengengam tangan Fauzan erat.

"Dania..." panggil seseorang. Aku segera menoleh ke arah suara tersebut. Aku terpaku melihatnya.

"Da-datin.... saya minta maaf sebab datang melawat Fauzan tanpa pengetahuan Datin...saya..saya." aku tergagap-gagap untuk berbicara dengan Datin Faizah. Aku takut.

"Dania.... tak perlu minta maaf. Saya yang sepatutnya minta maaf dengan awak." Ujar Datin Faizah. Jadi betullah kata Fauzan yang Datin Faizah sudah insaf.
Alhamdulillah.

"Saya dah lama maafkan Datin.."

"Terima kasih Dania... dan jangan panggil Datin lagi. Panggil je Mama." Ujar Datin Faizah sambil tersenyum.

"Baikla dat- eh mama." Ujarku tergagap-gagap untuk memanggilnya mama. Aku mengaru kepala yang tidak gatal.
Datin Faizah hanya tersenyum sambil menarikku kedalam pelukannya.

Tiba-tiba aku terasa belakang badanku dicucuk dengan benda tajam. Ya Allah! Peritnya tidak terkata.

"Rasakan... disebabkan kau,anak aku koma! Semua ni salahkau! Tak guna! Ambik ni!" Aku terasa belakang badanku ditikam bertalu-talu.

"Da-datin..." tercungap-cungap aku mengambil nafas.
Aku jatuh melutut selepas pelukan dileraikan oleh Datin Faizah. Lalu pipiku ditampar kuat.

Aku jatuh terjelepok. Air mata mengalir lagi. Kesakitan yang dirasai di belakangku sakitnya tidak terkira. Nafasku tersekat-sekat.

"To-tolong...."jeritku lemah. Tidak kedengaran.

"Aku dah bagi amaran dekat kau! Tapi kau yang degil dekat jugak dengan anak aku Fauzan. Budak tak guna! Sial! Apalah yang Fauzan nampak dengan kau ni? Menyusahkan hidup dia adalah! Anak haram!" Herdik Datim Faizah lalu meludah ke arah aku. Nafasku tersekat-sekat.

Adakah ini pengakhiran hidupku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience