Bab 6

Romance Completed 50396

Selepas sebulan aku di rumah anak yatim Barakah, aku kembali ke kuala Lumpur. Seperti biasa aku akan berada di kedai buku aku yang tercinta ini.

"Shila... stock buku yang baru sampai semalam awak dah kira?" Tanyaku ke arah shila yang sedang sibuk mengelap cermin kedai.

"Belum boss.. lepas saya kemas saya kira.." jawab shila.

"Okay then.. dah pukul 2 ni... awak nak pesan apa-apa tak? Saya nak pergi beli."

"Humm. Saya nak nasi ayam jelah boss."

"Alright..." aku berlalu keluar dari kedai.

"Thanks boss!" Jerit shila dari dalam kedai. Aku hanya senyum.

"Mak cik.. nasi ayam 1 bungkus, nasi ayam penyet 1 makan..." aku mengambil tempat duduk yang agak tersorok sedikit dari pandangan orang ramai.

"Okay dik.."

Aku mengeluarkan telefon dari handbag. Ada 3panggilan tak dijawab dan satu mesej dari whatsapp yang tidak dibaca. Aku terus membukanya.

Fz- assalamualaikum awak, saya nak jumpa awak dekat restaurant nasi ayam mak melah yang dekat dengan kedai awak tu pukul 2.15.

Pelik pula Fauzan menggunakan panggilan awak dan saya.
Aku melihat waktu penghantaran mesej tersebut.
'Pukul 2.' Arhh! Aku ingat takkan jumpa dia lagi dah . Kebetulan sekarang aku berada di restaurant Nasi ayam Mak melah.

"Assalamualaikum... tak sangka awak masih sudi berjumpa dengan saya." Kedatangan Fauzan secara mengejut meneranjatkan aku. Aku baru sahaja membaca mesej whatsappnya.

"Waalaikumsalam.. sebelum aku baca whatsapp kau lagi aku dah datang sini nak lunch. Jangan perasan k." Jawabku. berdebar jantungku. Perasaan rindu aku tepis,tendang,sepak terajang jauh-jauh.

"Nampak sangat jodoh kita semakin kuat kan sayang?" Gurau Fauzan lalu mengambil tempat duduk didepanku.

"Tak payah nak bergurau sangat." Jawabku dingin.

"Mana ada saya bergurau... saya ada berita baik nak bagitau awak ni sayang. Sebab tu saya ajak awak jumpa."ujar Fauzan. Senyuman tidak lekang-lekang dari bibirnya yang berwarna pink. Jantungku kembali kencang.

"Apa dia berita gembira yang kau nak cakapkan ni?" Aku masih seperti tadi.

"Mama... mama dah restu saya nak kahwin dengan awak. Jadi sekarang saya nak tunggu jawapan awak jelah..macam mana?" Ujarnya dengan wajah yang bercahaya.

Aku terkejut mendengar Datin Faizah restu kami berkahwin?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience