Bab 10

Romance Completed 50396

"Allahhuakbar! Astaghfirullahhalazim. Ya Allah, aku mimpi rupanya." Aku terjaga ,peluh menitik di dahi aku sapu dengan tangan.

"Kenapa ni sayang?" Tanya Fauzan yang terjaga kerana bunyi suaraku yang agak kuat tadi.

"Tak ada apa abang.. sayang mimpi tadi. Takut." Aku kembali merebahkan diri di atas katil. Aircond aku kuatkan sedikit suhunya.

"Dah... takyah takut, Mimpi je tadi tu. Sini tidur atas lengan abang." Ujar Fauzan sambil menarik aku ke dalam pelukannya. Aku merebahkan kepala di lengan Fauzan.

"Abang,esok kita melawat kubur arwah mama boleh?" Aku memandang wajah Fauzan yang telah sah menjadi suamiku selama tiga tahun itu.

"Esok abang kerja sayang... minggu depan abang cuti kita pergi ye? ." Jawabnya. Mata masih lagi tertutup, Mengantuk

"Hmm okaylah kalau macam tu. Sayang ikut abang jelah." Aku terus memejamkan mata sambil memeluknya erat.

Aku teringatkan mama.. mama meninggal kerana kemalangan ketika dalam perjalanan pulang kerumah selepas bertemu denganku kerana ingin meminta maaf atas kata-katanya kepadaku selama ini. Mama juga merestui hubunganku dengan Fauzan.

Kami bernikah selepas sebulan Mama pergi meninggalkan kami.
Beberapa bulan selepas itu kami dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Danish fitri dan Fisha Dalilah anak kesayangan kami.

"Sayang.. bangun dah subuh." Kejut Fauzan lembut.

"Hmm.. subuh dah?"tanyaku masih lagi mamai.

"Ye sayang subuh dah... bangun kita solat sama-sama." Jawab Fauzan.

Aku terus bangun dari katil,terhoyong-hayang aku berjalan menuju ke tandas.
Kedengaran tawa kecil dari Fauzan.

Selepas solat subuh aku terus turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka.

"Mama...! Jerit Danish dan Fisha serentak.

"Haipp! Apa jerit-jerit ni? Cuba bagi salam." Ujarku tegas.

"Sorry mama danish dengan fisha lupa.. Assalamualaikum good morning mama." Ujar Danish. Mereka berdua tersengih menampakkan gigi putih yang masih lagi kecil.

"Waalaikumsalam. Morning sayang... macam nilah anak mama." Jawabku sambil memberikan morning kiss kepada Danish dan Fisha.

"Amboi anak-anak babah.. awalnya bangun harini." Sampuk Fauzan yang segak berbaju kemeja.

"Mestilah kena bangun awal babah.. nanti ada gempa bumi kecil." Jawab Danish. Aku dan Fauzan saling berpandangan.

"Gempa bumi kecil?" Tanya fauzan.

"Iyelah.... gempa bumi kecil.. kalau fisha dengan abang danish bangun lewat nanti mama jerit sampai bergegar rumah. Macam nobita." Terang Fisha petah.

Tawa Kami berdua pecah bila mendengar jawapan dari Fisha. Dah sah-sah Diorang ni terpengaruh dengan Cerita Doraemon.

Semoga kebahagiaan kami kekal hingga hujung nyawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience