Bab 8

Romance Completed 50396

Sedar-sedar saja aku sudah berada di katil hospital. Aku memicit kepala yang terasa pening. Aku cuba mengingati apa yang berlaku sebelum pengsan.

Tiba-tiba seorang jururawat membuka langsir yang mengelilingi katil aku. Aku terkejut.

"Eh. Cik dah sedar.. macam mana keaadaan cik sekarang ni?" Tanya jururawat tersebut sambil tersenyum.

"Saya okay..." jawabku membalas senyumannya.

"Doktor kata kalau cik Dania dah okay cik dah boleh balik sebab tak ada apa-apa pun.. cik cuma terkejut dengan kemalangan yang berlaku semalam didepan mata cik.." terang jururawat tersebut.

"Kemalangan?"

"Ye.. kemalangan . Semalam seorang lelaki accident kena langgar dengan range rover. Teruk juga,sekarang pun masih dalam icu lagi. Doktor cakap kemungkinan besar lelaki tu akan koma beberapa bulan kerana cedera teruk di kepala."terang jururawat tersebut sambil membuka tiub air yang berada di tangan sebelah kananku.

"Accident? Lelaki? Ya Allah!! Fauzan!" Air mata tidak semena-mena keluar dengan lajunya bila teringatkan kemalangan semalam yang melibatkan Fauzan.

"Kenapa cik?" Tanya jururawat tersebut risau.

"Lelaki tu... lelaki tu bakal suami saya nurse! Ya Allah! Saya nak tengok dia nurse!" Aku kelam-kabut bangun dari pembaringanku.

"Cik bertenang.. sekarang dia berada di dalam icu. Cik tak boleh tengok dia lagi. Nanti kalau dia dah keluar dari icu saya akan inform cik. Tenang cik..sabar. doakan dia supaya dia dapat melawan dan melepasi masa kritikal."

"Ya Allah fauzan... ya Allah selamatkanlah Fauzan ya Allah.. Fauzan,aku minta maaf disebabkan aku kau jadi macam ni." Aku terus menangis dan menangis terkenang kejadian semalam.

Fauzan yang berlumuran darah, yang merayu kepada aku supaya menerima lamaranya,yang bersungguh-sungguh untuk mengahwini aku, yang tersenyum gembira bila menceritakan bahawa Datin Faizah sudah merestui dia mengahwini aku. Ya Allah selamatkanlah Fauzan..

"Fauzan.. kau kena kuat. Aku janji kalau kau dah sedar nanti aku terima lamaran kau.

Aku akan kahwin dengan kau. Aku akam bagi anak yang ramai untuk kau. Aku cintakan kau!" Air mata aku biarkan menangisi kekesalanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience