Bab 4

Romance Completed 50396

Semenjak dengan kejadian itu. Aku terus pulang ke kampung halamanku di kedah iaitu rumah anak yatim Barakah.

Buat apa?
Aku mahu menenangkan diri dari 2 orang anak beranak yang selalu memberikan aku tekanan itu. Lagipun aku rasa bersalah,disebabkan aku mereka bergaduh. Kalau boleh aku tak nak lagi ada kena mengena dengan keluarga itu. Serik!

"Anak ibu buat apa termenung jauh sangat sampai ke pantai merdeka dah ibu tengok." Tegur puan Zaiton yang melihat anak perempuan kesayangannya termenung di atas tangga surau di sebelah rumah anak yatim Barakah itu.

"Ehh,ibu.. maaflah Nia tak perasaan ibu dekat sini." Jawabku sambil menggaru kepala yang tidak gatal ini.

"Macam mana nak perasan. Dah sampai ke pantai merdeka." Perli Puan Zaiton.

Aku hanya tersenyum. Angin sepoi-sepoi memainkan rambut panjangku, Aku pantas menyanggul rambutku kerana rimas bila diterbangkan angin mengena wajahku.

"Anak ibu dah seminggu dekat sini.. ibu tengok Nia macam ada masalah, ibu tunggu jugak kot-kotla Nia nak cerita dengan ibu. Tapi itulah.. dari dulu sampai sekarang Nia suka pendam sorang-sorang. Cuba cerita dengan ibu, mana tahu ibu boleh tolong." Ujar Puan Zaiton lembut sambil menggengam tanganku.

"Nia tak ada apa-apa masalah ibu... Nia nak tenangkan fikiran je,penat kerja dan rindukan ibu,adik-adik semua." Jawabku. Cuba menyembunyikan perkara sebenar. Aku tidak mahu ibu risau.

"Hurmm iyelah... ibu tahu Nia bohong dengan ibu. Tapi tak apa,ibu faham. Nanti kalau Nia dah bersedia nak ceritakan dengan ibu,bila-bila masa saja ibu sudi mendengar ye sayang.." ujar Puan Zaiton mengelus pipiku lembut. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

"Ibu! Ada orang datang...." jerit syikin yang berumur 6tahun tersebut sambil terkedek-kedek berlari ke arah ibu. Aku tersenyum melihatnya. Comel sangat.

"Siapa yang datang?" Tanya ibu.

"Tak tahu. kereta dia besar ibu.. nanti bils besar adik nak beli kereta macam tu lah.." jawab syikin petah berceloteh. Aku ketawa melihat gelagatnya.

"Haa yelah.. jom adik teman ibu pergi tengok siapa yang datang." Pantas ibu mendukung syikin lalu masuk kedalam rumah untuk pergi ke pintu depan,pintu utama.

"Selamat tinggal kekasih sejati...
Sudah suratan takdir menentukan semua.." kerana terlalu bosan aku terus mengalukan lagu kegemranku .

"Assalamualaikum.." suara tersebut terus memberhentikan nyanyianku. Aku segera melihat gerangan suara tersebut.

Aku terpaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience