BAB 6

Romance Completed 928

JESLINA tersenyum kecil. Melihat Badeen yang terkedu di hadapannya hanya melahirkan rasa lucu. Bertambah lucu apabila mata itu seakan hendak terbuntang melihat kelibat Arbayah yang keluar daripada dapur rumah itu.
“It’s makan time!” ujar Arbayah . Mujur tidak terhambur tawanya dengan kekagetan yang dipamerkan oleh Badeen .
“What are you doing here? How did she get here? You better give a good answer for this Jeslina!” Seketika sahaja, wajah Badeen sudah berubah. Moodnya juga berubah rentak. Marah menyelubungi diri. Matanya tajam menikam Jeslina yang tersenyum lebar.
Mati terus senyuman Jeslina. Difikirkan Badeen suka, tetapi takkan sebaliknya. Dan bertambah luas bukaan matanya apabila arahan tidak masuk akal meniti bibir Badeen .
“Arbayah , you better go back now!”
“What???” Arbayah terkejut. Kenapa dengan Badeen ini? “Kenapa? Tak suka saya datang sini?” soalnya terluka. Gelengan Badeen singgah di ruang matanya, namun reaksi wajah itu sungguh berlainan daripada apa yang dizahirkan.
Perlahan-lahan, kaki Arbayah mengundur. Terasa begitu kerdil dirinya. Harus diakui, kesilapan diri yang begitu ghairah menerima pelawaan Jeslina. Dengan siapa lagi yang dia boleh beramah mesra, kalau bukan keluarga Badeen sendiri?
“Saya balik…” Dan langkah diheret ke pintu utama.
“Dan ini yang you nak ke, Badeen ???” suara Jeslina pula menaik.
“I cuma nak my wife dalam rumah ni.”
Kuat sekali balasan itu berlayar buat pendengaran Arbayah . Terkesan dengan kata-kata itu, menitis terus air matanya. Terpaku seketika langkah dek diganggu emosi.


BAGAIKAN mayat hidup, langkahnya diatur tanpa sebarang rasa. Sedih dengan kejadian minggu lepas cuba dikikis perlahan-lahan. Badeen tidak pula datang untuk masuk meminang walaupun dia sudah menyatakan dengan terang.
Entah apa nasibnya ini. Entah mana silapnya kali ini. Bukan dia sengaja hendak ke rumah Badeen . Kakinya terheret ke situ pun hanya kerana ajakan Jeslina. Dan Badeen , begitu tega menyuruhnya pulang! Sungguh kejam lelaki itu…
“Hai…”
Terpaku langkah Arbayah dengan sapaan yang tiba-tiba itu. Jeslina tersenyum riang di hadapannya. Bingung seketika Arbayah menganalisa senyuman itu. Dia perasan Jeslina kelihatan terlalu gembira. Dan begitu juga riak wajah itu apabila bertemu dengannya dua minggu lalu dan berusaha menyuruhnya memujuk Badeen agar tidak pulang meninggalkan Malaysia.
“Apa sedih-sedih ni? Bakal pengantin kena berseri…” usik Jeslina selamba.
Arbayah bertambah bingung.
“Badeen macam tak suka… awak nak suruh saya bergembira?”
“You… apalah! Kan Badeen dah cakap, dia cuma nak wife dia dalam rumah tu. You tak faham ke?” Membulat biji mata Jeslina menjelaskan keadaan itu. Namun, dahi Arbayah hanya makin berkerut.
“Awaklah wife dia… apa yang awak duk merepek ni!” Tidak semena-mena, Arbayah hendak marah. Tidak faham dengan permainan yang dilihat semakin rumit.
“Arbayah … you ni amnesia ke? Kan I dah cerita dengan you…” Makin membulat mata Jeslina.
Arbayah melopong. Telapak tangannya sudah singgah di dahi. Sudah amnesiakah dia? Bagaimana mungkin dia melupakan begitu sahaja kisah yang dibawakan oleh Jeslina? Sebenarnya itu semua adalah rancangan Badeen untuk kenakan dirinya dan seperti apa yang dikatakan oleh Jeslina, mana mungkin Badeen kahwin dengan orang lain! Bodohnya dia….
“Badeen ?” soalnya laju. Risau pula kalau lelaki itu benar-benar pulang kali ini. Mahunya dia pula kena ke Glasglow untuk memujuk Badeen .
Jeslina tersenyum. “Dia tengah buat, apa yang dia patut buat.”
“Awak?”
Jeslina tersenyum lagi. “Dan I pun tengah buat, apa yang I patut buat dari dulu…” mata itu terus berpaling ke arah kanan yang turut diikuti oleh pandangan Arbayah . Ternoktah mata keduanya pada wajah segak Doktor Fathi yang mula menukar haluannya.
“Mungkin I kena berusaha lebih kuat lagi. Dia langsung tak nak pandang I…” nada Jeslina berubah rentaknya.
“Dah jumpa anak-anak awak?”
Sebaris soalan itu makin menambahkan mendung di wajah Jeslina. Kepalanya tergeleng laju. “Mak Fathi tak bagi I tengok. Mungkin I patut terima ni, dosa sebab dah tinggalkan dia tanpa sebarang sebab… I bodoh, Arbayah . I tinggalkan dia padahal I sayangkan dia… I just don’t have the chance to explain because…” terhenti bait kata Jeslina. Tidak tahu hendak memberikan alasan apa lagi. Alasan apa pun, tetap salah itu berada di pihaknya. Benang yang basah, mustahil dapat ditegakkan. “I love him, forever…” akuinya jujur.
“And still you choose to leave me… adakah itu maksud frasa cinta you, Jeslina Martell Abdullah?”
Dan keadaan menjadi kaku. Kelam dan beku.

MALAM yang nyaman ditemani hembusan sang angin, begitu nyaman sekali. Berkuntum senyuman di bibir apabila matanya singgah pada sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya Ya, Badeen dah lakukan apa yang patut dibuat. Dan ia berlaku dengan restu mamanya setelah mereka duduk berbincang dengan seriusnya.
Sempat juga Badeen kena marah dengan bakal mak mentua, “Jangan duk buat main-main dengan anak mama lagi! Silap-silap, mama bagi kahwin dengan orang lain…” ugutan itu hanya membangkitkan tawa di bibir Arbayah . Mama memang sempoi.
Bunyi beep telefon bimbit makin melebarkan senyuman. Tahulah dia, siapa pengirim mesej itu.
Thanks
“Sama-sama…” bibir Arbayah menuturkan kata seiring dengan jemari yang membalas pesanan ringkas itu.
After our nikah, kena tolong Jes pulak. Saya sedih tengok dia asyik menangis thinking about her fate. But, one good news, dia dapat jumpa Jehan tadi, and he recognize Jes. He hugged her…
Arbayah tersenyum kecil. Dapat membayangkan wajah Jeslina yang tersenyum ceria. Pasti bertambah seri di wajah itu kerana dapat bertemu dengan Jehan. Putera sulung yang dilahirkan oleh wanita itu. Benar, kini baru Arbayah perasan… Jehan mewarisi sepasang mata seperti ibunya. Manakala Fasha lebih kepada iras Doktor Fathi.
Teringatkan perbualan antara dirinya dengan Jeslina, Arbayah menjadi simpati. Tidak tahu hendak dikatakan apa, tetapi hanya satu yang dia jelas. Jeslina tidak pernah mengharapkan adanya perpisahan dengan Fathi. Apa yang terjadi, adalah satu percaturan yang tidak dapat dielak. Jeslina terpaksa menurut kata…
“Apa yang I boleh buat Arbayah ? I diugut… nyawa Fathi jadi taruhan. I tak boleh terus dengan dia…” Tangisan Jeslina menampar cuping telinga. Perbualan yang masih segar dalam minda Arbayah .
“Siapa yang ugut awak?”
“My ex-boyfriend. Dia berdendam dengan I sejak I kahwin dengan Fathi. Dan bila I datang Malaysia, I ingatkan dia dah takkan cari I lagi. I silap… I silap buat penilaian. Lelaki tu bukan orang sembarangan… dia terlalu berpengaruh sehingga dapat menghancurkan kebahagiaan I. I lost my family, my love...”
Tidak mampu berkata apa-apa, Arbayah hanya dapat menjadi pendengar kisah yang dituturkan oleh Jeslina. Hendak dikatakan sebagai suatu kisah rekaan, mustahil. Ketelusan jelas tergambar di kaca mata gadis berambut perang itu. Dan ada suatu rasa terdetik dalam sanubari Arbayah .
“Mungkin… ini dugaan untuk awak.”
“Dugaan?”
“Dugaan kerana tidak mengutamakan agama.”
Wajah Jeslina terpana. Berubah merah ronanya. Tertunduk seketika menghadap lantai. “I tahu, niat I salah. I masuk Islam… hanya kerana inginkan Fathi. I belajar agama, sekadar ingin kagumkan dia. Betul kata you, I tak mengutamakan agama… walaupun I dah dipilih untuk mendalami agama yang suci ni… dan sekarang ni pun, I cuba belajar. Badeen banyak tolong I. Dia lebih arif daripada I yang lebih awal mengucap kalimah syahadah.”
“Kali ni, cuba lakukan perubahan hanya kerana Allah. Insya-Allah, jangan risaukan tentang perkara lain.. Allah pasti akan menolong hamba-Nya yang berusaha untuk agama-Nya.” Jemari Jeslina dipaut erat.
“Awak dah ada dekat sini. Cerita dulu tu, tak usah diungkit lagi… mulakan langkah baru dengan azam baru. Kuatkan keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama kita… dia akan permudahkan segala urusan. Awak kena yakin…”
Mengenangkan ungkapan itu, Arbayah tersenyum. Hanya bersandarkan keyakinan kepada Allah, perjalanan hidup ini akan lebih mudah untuk ditempuh. Setiap apa yang telah berlaku, lihat dengan kaca mata Islam. Mungkin dugaan itu untuk menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Usah diraung dan diratapi kejadian kelmarin kerana tiada gunanya juga andai kita masih tidak mampu mengenalpasti kelemahan dan kekurangan dalam diri.
Serentak itu, kedengaran bunyi menandakan ada lagi mesej yang masuk. Mata Arbayah jatuh ke skrin. Sekali lagi, senyumannya terus meleret. Menemani tidur malam ini yang pasti bahagianya dengan izin Allah.
Langkah ini moga dengan berkat-Nya. Perjalanan yang akan dilalui, moga dimudahkan dengan izin-Nya. Cinta ini, moga hanya kerana kasih kepada-Nya. Sama-sama kita kejar cinta Dia yang Maha Agung. Insya-Allah :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience