BAB 4

Romance Completed 928

“I TOLD you before… dia memang ada hati dengan kau.” Faizah mengungkapkan kata dengan kening yang terangkat. Sengaja dibuat begitu untuk mengucar-kacirkan perasaan Arbayah yang sedia berkecamuk. Lihat pada raut wajah itu pun dia sudah tahu. Mood not in a stable condition.
Arbayah menjeling seketika pada Faizah sebelum kembali menghadapkan muka ke luar tingkap di bangunan hospital ini. Terus matanya tertancap pada kesibukan jalan raya yang dipenuhi oleh kenderaan. Sesaknya keadaan itu seolah sama kesesakan di hatinya pada ketika ini.
“Aku cadangkan…” baru sahaja Faizah hendak mengutarakan cadangannya. Tetapi laju lagi dipintas oleh Arbayah .
“Tak payahlah nak brainwash aku suruh kahwin dengan Doktor Fathi pulak.”
Faizah terpinga, “Aik, bila masa… aku cakap pun tak habis, kau dah potong. Don’t jump into conclusion too early my dear… listen first.”
Wajah Arbayah tidak menanti sesaat pun sebelum bertukar menjadi merah. Aduh! Terlebih gopohlah pulak… seakan dirinya terlalu memikirkan Fathi sebenarnya. Tapi, hakikatnya… tidak!!! Baik fikirkan Badeen . Tapi, apa bezanya? Dua-dua pun sudah berkahwin juga…
“Cuba bincang dengan mama kau. Duduk sama-sama, fikir… aku tahulah dalam hati kau ada nama siapa. Tapi kan, kadang-kadang benda dalam hidup ni selalunya sesuatu yang kita tak sangka pun. Mungkin aje jodoh kau bukan dengan Doktor Fathi mahupun Badeen … mungkin ada orang lain pula.”
Bahu Arbayah diusap perlahan. Faizah mengukir senyuman pembekal semangat untuk Arbayah . Biarlah hilang segala kecelaruan dalam kepala gadis itu.
“Mungkin ada orang lain ke… mana pulak aku nak cari? Kenapa lambat sangat dia nak muncul ni!” Arbayah tergelak kecil.
Dalam pada segala tengah berserabut dengan Badeen , dia masih dapat fikirkan mungkin ada orang lain pula yang akan muncul dalam hidup dia. Yang dapat tarik dia keluar daripada semua benda yang memeningkan kepala ini. Kalau ada…
Faizah ikut tergelak. “Doalah… mana tau, tiba-tiba aje muncul depan mata.”
Arbayah tersenyum nipis. Semuanya hanya sekadar angan-angan minda.

BAJU kurung berwarna hijau berbunga merah jambu itu dicapai. Malas lagi hendak berfikir tentang baju apa yang sesuai. Mama hanya menyebut hendak ke rumah Amni, bukannya hendak ke majlis yang memerlukan dia vogue sangat. Dan kalau iya pun begitu, dia tidak ada kemahuan pun untuk terlalu bergaya.
Tudung yang sudah sedia digosok, dicapai. Cepat sahaja dipakai dan dipin kemas. Selesai semuanya, Arbayah sudah mencapai beg tangan di atas katil dan melangkah keluar dari bilik. Suara mamanya sudah kedengaran dari bawah. Sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan Amni agaknya. Mestilah… sejak Amni mengkhabarkan tentang berita berbadan dua, mama kelihatan begitu gembira. Katanya sudah sampai masa bermain dengan cucu pula. Dan ketika itu, Arbayah terkedu.
“Bila pulak giliran anak mama ni?”
Soalan itu hanya berjawab dengan kebisuan.
Perjalanan yang memakan masa selama 15 minit itu ditemani suara DJ radio yang riang berceloteh. Arbayah mengerling ke sebelah, mamanya asyik tersenyum tidak henti. Spontan, bibirnya turut sama tersenyum. Sekurang-kurangnya Amni mampu menghadirkan rasa bahagia itu dalam hati mama. Untuk itu, Arbayah rasa bersyukur.
Sampai sahaja di kediaman Reza, sudah kelihatan Amni dengan wajah yang berseri melambai riang. Macam budak-budak. Tapi hakikatnya, nak jadi emak budak!
“Happy nya mak buyung.” Usik Arbayah . Terasa lenyap segala belenggu dari minda. Suasana ini sangat menenangkan jiwa.
“Siapalah yang takkan gembira…” Amni sudah tersengih-sengih. Jelas benar di wajah tentang keindahan taman yang sedang kembang mekar dalam hati. Mendengarkan laungan Reza dari dalam rumah, segera mulutnya mencicit menjemput tetamu masuk ke dalam rumah.
“Akak, mak cik… masuklah. Semua dah ada dekat dalam.”
Kening Arbayah terangkat. Semua? Siapa sahaja semua itu?
Dan semua itu bermaksud, makhluk yang Arbayah tidak kenal rupanya. Mungkin dia tidak perlu terlalu sibukkan diri dengan perkataan semua itu. Datangnya ke sini untuk menggembirakan hati. Usah disemakkan fikiran itu lagi.
Tidak tahu hendak berbuat apa di ruang tamu yang diduduki oleh sebuah keluarga yang tidak dikenali itu, Arbayah membiarkan sahaja mamanya meneruskan sesi perbualan. Kakinya diangkat menuju ke dapur. Mengintai Amni yang sempat lagi bergurau manja dengan Reza. Amboi! Bukan nak dikira dengan tetamu dalam rumah.
“Ehem…” Dua suara berdehem berpadu. Amni dan Reza tersentak.
Dan Arbayah juga ikut terkejut. Terkejut memikirkan suaranya yang sudah berubah menjadi garau. Takkan kronik sangat masalah yang ditanggung sehingga boleh menyebabkan pertukaran suara, memang tak masuk logik akal. Untuk mengesahkan itu, sekali lagi dia mencuba.
“Ehem…”
Dan memang sah!
“Amni… apa suara akak dah macam laki pulak!” ujarnya risau. Saat itu dirinya masih terasa pelik. Rasa macam suara dah kembali normal. Tawa Amni yang meletus membuatkan Arbayah terpinga-pinga. Adakah dia sedang mempersembahkan satu program lawak antarabangsa?
“Yang gelak-gelak ni kenapa? Suka kalau suara akak macam laki?” soal Arbayah geram. Bibirnya diketap.
“Sayangnya… suara awak sangat merdu bak buluh perindu.”
Bagaikan bisikan halus, suara yang menyinggah di telinga. Suara makhluk mana pula? Laju sahaja Arbayah memusingkan kepala.
Dan spontan matanya terbuka luas.
Dan sekali lagi spontan, refleks tangan akibat impuls yang diterima otak.
“Aduh!!!”
Itu adalah isyarat daripada kesan tolakan yang maha kuat daripada Arbayah .

BELUM hilang rasa geram, disuruh pula menghadap wajah itu dengan alasan… dia pesakit! Huh… Entah kenapa, Arbayah merasakan semua ini adalah drama semata-mata. Siapa manusia di depannya ini, langsung tidak dikenali. Jauh sekali untuk ingin dikenali. Tetapi dengan tidak malunya berusaha untuk ‘menjual’ diri di hadapannya ini.
“Kalau you senyum, I rasa lebih cantik kot.”
Diam.
“Kalau mata you boleh tengok muka I yang handsome ni, mungkin lebih asyik kot.”
Diam lagi.
“Kalau… tangan I boleh sentuh tangan you, mungkin…”
“Boleh kena karate kot!” Laju Arbayah menyahut. Jelingan matanya begitu tajam. Kalau dia ada pisau, akan dicucuk mata gatal yang melekat kuat di wajahnya. Kalau bukan kerana lelaki itu luka disebabkan dia, langsung tiada keinginan dia duduk di meja ini dan meletakkan ubat di dahi yang terhantuk dinding tadi. Tolak sikit pun dah berpusing kena dinding. Lembik!
“I dah kena tadi, so I boleh pegang…” bibir itu mengusik lagi.
“Kalau nak rasa macam mana kalau kepala pecah, mungkin boleh try kot.” Sinis Arbayah .
Namun lelaki itu ketawa dengan riangnya. “Sayang, jangan garang sangat. You are too lovely to act fiercely. Tak sesuailah…”
“Why should I be nice to you?” soal Arbayah . “Give me one reason, Azhar?”
Dan Azhar tersenyum… nakal. “Kenapa tak boleh? Kitakan bersaudara.”
“Who said so?” Marah benar Arbayah .
“Semua orang Islam kan namanya bersaudara… tak perlukan pertalian darah pun.”
Dan jawapan itu sangat tidak kena seiring dengan reaksi yang dipamerkan oleh tuan punya suara. Azhar Ahmad! Sepupu kepada Reza. Dan kenapa pula Arbayah harus berkenalan lagi dengan manusia yang menghadiahkan dirinya sakit kepala.
“Azhar… sudah-sudahlah nak cuba pancing. Ikan ni tak makan pancing. Kalau nak, kena pakai jala… tapi, tu pun belum tentu mengena…” Alunan kata yang dihadiahkan oleh Reza.
Azhar berkalih menghadap sepupunya. “Tak cukup besar ke umpan aku? Susah sangat ke ikan ni nak sangkut?” soalnya serius.
Dan keseriusan itu hanya menambahkan rasa panas pada suasana. Arbayah terasa begitu berbahang badannya. Ikan? Dia dipanggil ikan? Sekali lagi… IKAN!!!
“Apa yang I boleh buat untuk menang hati you, ikan…” selambanya soalan itu meluncur daripada bibir Azhar. Seketika sahaja dia kelihatan terpinga. “Eh, sorry. Arbayah …”
Turun naik nafas Arbayah . “Sedap aje mulut you berdua mengikankan I!!!” jeritnya kuat. Bagaikan guruh yang berdentum pada ketika hari tenang. Hampir sahaja kedua lelaki di hadapannya itu tumbang ke belakang.

“TAK NAK!!!” ucapnya keras. “Arbayah tak suka… mama cakaplah apa pun, Arbayah tak suka jugak.” Sejak pulang dari rumah Amni, ayat itu sahaja meniti bibir Arbayah .
“Kenapa?” suara mama cuba berlembut. Hendak mencuba nasib.
“Mama tahu kan, Arbayah dah janji dengan Badeen .” Ditimbulkan nama Ahmad Badeen pula dalam sesi ini meskipun Arbayah mengerti hatinya masih berbolak-balik. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran insan bernama Jeslina bersama Badeen . Aduh, peningnya hidup!
“Badeen kan dah ada isteri, kenapa Arbayah nak ragut kebahagian isteri dia. Dah ada yang bujang nakkan Arbayah ni, terima ajelah. Mama tengok pun, nampak elok. Fikirkan Arbayah … mama tak nak nanti orang duk mengata Arbayah … jadi isteri kedua, macam-macam dugaan.” Lembut sahaja suara mama menasihati. Dan Arbayah hanya mampu terkedu tanpa jawapan di situ.
Kalaulah semudah itu untuk memberi keputusan. Dan kalaulah itu sahaja pilihan yang ada untuk dibuat.
“Arbayah fikirlah dulu… mama cuma nakkan yang terbaik untuk Arbayah .”
Arbayah memerhatikan sahaja langkah mamanya yang sudah menaiki tangga sebaik menuturkan ayat itu kepadanya. Sayu menyapa hati. Dia sebagai satu-satunya anak mama, tidak dapat membahagiakan hati wanita itu.
Badan dibawa ke sofa L shape di hujung ruang tamu. Lalu direbahkan tubuh di situ. Matanya merenung jauh ke siling putih berhiaskan ukiran bunga pilihan mama. Memang cantik! Harus diakui, mama sentiasa hendakkan yang terbaik. Tapi adakah ini bermakna pilihan Arbayah tidak mungkin menjadi yang terbaik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience