BAB 7

Romance Completed 928

“KENAPA baru hari ni you nak ucapkan semua alasan you? Do you think I care?” Kasar kata-kata itu. Langkah Arbayah yang tadinya laju, terus terpaku. Matanya cepat sekali menangkap bayangan Jeslina yang sudah tertunduk menekur jalan tar di kawasan letak kereta ini.
Fathi nampak begitu marah. Arbayah mengeluh kecil. Fathi yang sering dikenali dengan sandaran doktor terbaik, kini tidaklah begitu ‘terbaik’ dalam mengendalikan soal hidup. Setiap yang diberi kelebihan, pasti ada kelemahannya. Kerana itu, Allah ciptakan manusia untuk melengkapi antara satu sama lain. Tidak kira sebagai pasangan, sebagai sahabat, sebagai teman… semuanya saling melengkapi.
“Fathi… I tak pernah berniat untuk tinggalkan you dan anak-anak. You tak percayakan hal tu, I tak kisah… I cuma nak you izinkan I jumpa dengan anak-anak… I rindu,” sayu permintaan Jeslina.
“Sekarang baru rasa rindu? Apa gunanya? Anak-anak pun bukan ingat dengan you!”
“Jehan ingat I, Fathi. You jangan buat I macam ni… I tahu salah I, untuk tu… I minta maaf. I minta maaf banyak-banyak… tapi, tolong… I nak tengok anak I. I takkan minta lebih, cukup kalau sejam untuk sehari. I won’t ask for more… trust me. I just want to spend some time with them before… I leave…” sekali lagi Jeslina mencuba. Harapannya besar. Semoga Fathi mengizinkan. Dia tidak mahu lelaki itu marah lagi kepadanya.
“If you want to leave, you can leave! I just don’t care… and please, jangan ganggu ketenteraman hidup I lagi!”
Langkah Fathi sudah meninggalkan Jeslina sendirian. Sedikit pun tidak ada ruang untuk Fathi berpaling ke belakang. Seakan sudah keras hatinya. Arbayah menggeleng kecil sebelum berpaling semula ke arah Jeslina.
“Ya Allah!” jeritan kecil Arbayah meletus.

PINTU bilik yang menempatkan Jeslina ditutup rapat. Kesan ubat yang masih bersisa memberikan ruang untuk Jeslina terus berehat. Biarlah begitu daripada terus sakit kepalanya dengan layanan Fathi yang seakan berubah menjadi manusia yang tiada perasaan.
Senyuman terus terukir di bibir Arbayah apabila wajah Badeen muncul di hadapannya.
“How is she?” soal Badeen .
“Okey… tapi kena berehatlah. Awak tahu pasal ni?” Botol yang mengandungi ubat dilayarkan di depan mata Badeen . Dan anggukan lelaki itu melahirkan keluhan di bibir Arbayah .
“Dan awak tak pantau pun… dia dah tak makan ubat ni berapa hari. That will effect her health condition…” tegur Arbayah serius. Sebagai seorang pesakit, Jeslina tidak patut memandang remeh dengan preskripsi ubat yang telah diberikan. Dan Badeen juga, harus lebih bertanggungjawab.
“That’s why I’m asking you, how is she? Boleh ke dia bertahan?” Badeen menyoal dengan rasa risau yang tidak berhenti menerpa diri.
“Jangan risau… insya-Allah, doakan dia bertahan.”
“Saya nak tengok Jes.”
“Dia baru tidur. Apa kata… awak teman saya makan, saya lapar…” pinta Arbayah sengaja.
“Tak makan lagi?”
Arbayah menggeleng.
“Dari dulu sampai sekarang, tak pernah nak jaga masa makan… dah jom!” Sambil membebel juga, Badeen melangkah bersama Arbayah . Sehingga ke hujung jalan, sempat Arbayah berpaling untuk melihat sesuatu. Dan sesuatu itu terjadi juga biarpun dia tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Fathi melangkah masuk ke dalam bilik Jeslina. Memang itu pun harapan Arbayah . Biar lembut sedikit jiwa Fathi yang sememangnya sentiasa terkenal dengan kelembutan semasa menjalankan tugas seorang doktor itu.
“I saw that Arbayah …”
Arbayah tersentak. Spontan bibirnya diketap. Wajah Badeen seakan serius di hadapannya. Tetapi, sekejap sahaja.
“Tapi saya tak marah… love. They need some space, so do us.” Dan mata itu dikenyitkan nakal buat tatapan Arbayah yang sudah melopong di tempat berhentinya.

SELENDANG yang dililit atas kepala dibetulkan buat beberapa ketika. Kekoknya terasa, tetapi ditelan juga segala hasutan dalam minda kerana ini yang dipilihnya. Matanya terus berlayar pada tetamu yang tidak putus-putus hadir sejak tengah hari lagi. Majlis perkahwinan Badeen dan Arbayah berlangsung dengan meriah sekali. Rasa syukur itu dipanjatkan kepada Ilahi. Dia sangat gembira kerana masih diberikan peluang melihat Badeen bahagia.
“Mama…”
Jeslina berpaling dan tersenyum. Jehan sudah merapat ke sisinya.
“Mama dah makan? Nak Jehan ambilkan?” Prihatin soalan yang meniti bibir kecil itu. Jeslina tersenyum terus dan menggeleng.
“Mama tak lapar… Jehan dah makan?”
Jehan menggeleng.
“Kenapa? Jom makan ya… mama suapkan.”
Tetapi Jehan menggeleng juga.
“Kenapa?” raut wajah Jeslina berubah mendung.
“Papa cakap, mama kena makan… kalau tak makan macam mana nak sihat. Mama nak tinggalkan Jehan lagi ya?”
Hampir sahaja menitis air mata Jeslina dengan pertanyaan itu. Langsung, Jehan ditarik ke dalam pelukannya. “Mama takkan tinggalkan Jehan dan adik… kalau mama pergi pun, sebab Allah yang panggil.” Perlahan kata-kata di hujung ayat. Air matanya jatuh juga menitis.
“Menangis takkan sembuhkan apa-apa…” Keras ucapan yang menampar cuping telinga. Fathi berdiri di hadapannya dengan sepinggan nasi berserta air. “Makan dulu, lepas ni kena makan ubat pulak. Jangan nak mengelak lagi, sebab… sekarang ni, you are my patient.”
Arahan Fathi itu disambut dengan senyuman hambar. Hanya kerana dirinya seorang pesakit, maka kini Fathi berubah wajah. Mungkin itu lebih baik daripada langsung tidak mendapat ruang dalam hidup mereka. Jika tidak, mana mungkin dia berpeluang duduk rapat begini dengan Jehan. Cuma Fasha sahaja yang tidak mahu hampir dengannya. Salah diri sendiri yang menyebabkan anak kandung pun tidak mengenalinya.
“Mama makan ya, Jehan suapkan…” Laju Jehan menyambut pinggan berisi nasi daripada papanya. Tangan kecil itu sudah mula menggaulkan nasi dan disuakan ke mulut yang kelihatan pucat itu. Melihat mulut itu menelan nasi yang disuap, Jehan tersenyum lebar.
“Mama sayang Jehan…” ucap Jeslina perlahan.
“Jehan pun sayang mamalah… sekarang mama makan ya.” Persis seorang dewasa, Jehan terus menyuap mamanya.
“Habis, mama tak sayang papalah?”
Terpaku Jeslina melihat Fathi yang sudah bercekak pinggang di hadapannya.
“Alah… papa ni, buat-buat tanya pulak… mestilah mama sayangkan papa. Kan mama?” Dan jawapan comel itu penyelamat keadaan yang menjadi kekok seketika buat Jeslina. Bibirnya terus tersenyum dan menghadiahkan kucupan di dahi Jehan. Bijak macam papa!

“SAYA seronok tengok dia happy.” Jemari Arbayah digenggam erat oleh Badeen . Sejak dari tadi dia memerhatikan Jeslina yang begitu sibuk berbual dengan Jehan seolah dunia ini hanya milik mereka berdua.
“Tapi… kesian pulak tengok Doktor Fathi…” sahut Arbayah .
“Jes tu… bukan apa, dia rasa macam dia tak layak. Tambah lepas semua benda yang dia dah buat pada Fathi. Biarlah… masa sebelum ni, dia ikut saya datang sini pun sebab anak-anak. Dia nak spendtime yang dia ada dengan mereka.”
“Dia masih boleh dirawat… pesakit Leukimia macam Jes, bukannya semua pendek hayat. Cuma satulah, kena berdisiplin ambil rawatan… awaklah kena jaga dia!” Bahu Badeen ditepuk memberi peringatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience