BAB 5

Romance Completed 928

Telefon bimbit berdering. Malas sahaja Arbayah mengaut dari sisi. Makin malas melihat hanya nombor tertera di skrin. Tetapi dijawab juga.
Sebaik sahaja suara di sebelah sana kedengaran, laju sahaja Arbayah hendak marah. Siapa tidak akan marah, kalau yang kedengaran itu hanya suara Azhar yang pandai-pandai menghasut minda mamanya.
“Nak apa?” kasar Arbayah menyoal. Tetapi balasan yang dia dapat, hanya sebuah melodi tawa riang. Bahagianya kau Azhar…
“Jangan marah.”
“Lagi…”
“Itu aje yang I nak pesan… jangan marah. Benda yang elok, tak elok dimarah-marah…” lembut pula suara Azhar meniti pendengaran Arbayah .
“Mana awak tahu saya marah?” Tidak mahu mengaku kalah, Arbayah menyoal.
Sekali lagi kedengaran Azhar ketawa. Bahagianya… desis Arbayah .
“Jadi, tak marah?”
“Tak!”
“Jadi, suka?”
“Ha’ah.”
“Suka???” suara Azhar yang menaik nadanya membuatkan Arbayah terpinga. Bibirnya digigit laju. Entah apa sahaja yang meniti bibirnya sebentar tadi.
“Jangan nak perasanlah!!!” Serentak itu, talian dimatikan.
Tetapi, Azhar bukan seorang lelaki yang mengerti dengan perkataan putus asa. Itulah penilaian Arbayah apabila sekali lagi telefonnya berdering. Tertera lagi nombor baru di skrin. Sungguh gigih makhluk bernama Azhar itu. Dengan semangat hendak menghamburkan kemarahan, Arbayah menekan butang untuk menjawab panggilan.
“You don’t have to convince me, because the answer will be… no. It will be forever no!!!” tekannya geram.
Sepi seketika. Hanya desah nafas yang meniti corong telefon.
“Kalau itu jawapannya… Insya-Allah, saya redha. Maaf sebab dah menyusahkan awak Arbayah . Mungkin bukan jodoh kita… dan percayalah, saya sentiasa menghargai perkenalan kita. Tentang sayang saya, janganlah awak ragu… kerana itu adalah perasaan istimewa yang saya rasakan tentang awak.”
Arbayah terkedu. Tidak sempat dia membalas apa-apa, talian sudah dimatikan.

KELAM-kabut jadinya langkah Arbayah gara-gara hendak mengejar seseorang itu. Seorang yang telah mendapat tempat di hatinya sejak bertahun lagi. Seorang yang telah setia menantinya selama ini. Seorang yang sentiasa memahami dirinya walaupun dia hampir menolak kehadiran lelaki itu di sisi.
Sungguh, dia tidak sanggup untuk melepaskan lelaki itu. Biarlah siapa hendak kata apa pun. Biarlah jika mama hendak tampilkan seribu lagi Azhar pun. Biarlah kalau Doktor Fathi hendak mengaku sukakan dia pun. Yang dia tahu, hanya lelaki itu yang menghuni hati. Hanya dia yang aku cinta… ucapan yang bergema di ruang hati Arbayah .
“Badeen !!!” jeritnya kuat.
Malas pula dia hendak berlari lagi. Sementelah matanya sudah pun menangkap figura lelaki itu yang mula menarik bagasi. Ah, sungguhlah drama!
“Badeen , baik awak datang sini kalau betul tak nak mati kena gilis dengan tayar kapal terbang.” Sekali lagi kuat suara Arbayah memenuhi ruang itu. Biarpun sudah ada mata-mata yang memandang dirinya dengan aneh, tapi dia malas hendak ambil hairan dengan perkara itu. Apa yang lebih penting sekarang ini adalah pandangan terkejut Badeen .
Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga apabila seluruh pandangan Arbayah menghala ke arahnya.
“Baik awak ikut saya balik, kalau tak nak menyesal!” Sekali lagi, hanya ugutan yang meniti bibir gadis itu.
Perlahan-lahan kaki Badeen melangkah dan kiri berdirinya tegak di hadapan Arbayah . Merah benar wajah gadis itu. Dan itu adalah tanda Arbayah marah. Dan itu juga adalah persamaan mereka. Mengenangkan itu, bibir Badeen tersenyum.
“Awak berani nak tinggalkan saya?” marah Arbayah .
“Saya rasa, saya tak silap dengar bila awak cakap, no!”
“Stupid guy!!!” gumam Arbayah perlahan. “Lain kali jangan main letak telefon macam tu aje. Dan kalau bercerita tu, biar jujur dengan saya. Pandai ya awak mereka cerita. Pandai sangatlah tu nak kenakan saya? Dan awak berjaya kenakan saya sampai mama saya berusaha carikan calon suami lain. Awak suka macam tu? Nasib saya tak setuju aje dengan mama saya… memang itu agaknya impian awak!!!” Tidak mahu memberi peluang, Arbayah menyerang Badeen bertubi-tubi.
“Awak jangan nak pandai-pandai balik sana selagi awak tak akad nikah dengan saya!” sambung Arbayah lagi.
Badeen terpinga sebelum menyoal. “Jadi awak setuju nak kahwin dengan saya?”
“Awak tak dengar ke saya cakap apa tadi?” Arbayah mengetap bibir dengan rasa geram. Peluh yang mulai kelihatan di dahi, dikesat kasar. Mengahnya mulai terasa apabila sedari tadi dia terpekik macam monyet kehilangan mak. Bencinya bila dia menjadi tontonan umum di kawasan lapangan terbang ini. Benci! Tapi kerana lelaki ini…
“Baik awak masuk meminang saya dengan segera!”
Usai memberi arahan itu, dia berpaling dan melangkah. Penat!
Tak pernah dia sangka, dia… Doktor Arbayah , akan terpekik macam orang pendek akal dekat kawasan umum macam ini. Memang memalukan! Tapi, hanya untuk sekali seumur hidup… mungkin, tidak mengapa. Lagipun, siapa yang kenal dia dekat sini?
“Arbayah … are you okay?” Muncul satu pertanyaan yang menyapa.
Terus berubah hijau wajah Arbayah . Nampaknya, dia masih dikenali walaupun kawasan ini begitu luas dibanjiri oleh ribuan manusia.
“Arbayah …” Masih terdengar suara itu.
“I okey. Boleh tak you buat macam tak nampak aje apa yang terjadi tadi.” Ucap Arbayah tanpa berpaling. Kerana suara itu sahaja, dia sudah tahu siapa. Seakan terasa, ada senyuman di bibir itu.
“Tapi I tak boleh ignore apa yang I dengar kan?” soal Azhar.
“Yes… pastinya. Sebab itu adalah jawapan…” balas Arbayah dengan perasaan yang begitu lega. Wajah Badeen menjadi sasaran telunjuknya dari jarak beberapa langkah itu. Walaupun lelaki itu langsung tidak tersenyum pada ketika itu, tetapi Arbayah tidak kisah. Cukuplah jika dia masih dapat menatap wajah itu. Cukup!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience