BAB 2

Romance Completed 928

“APA yang Arbayah cakap ni? Arbayah sedar tak?” soalan itu dibalas dengan anggukan yang yakin. Sudah puas dia memikirkan. Dia yakin, inilah jawapan yang harus diberi. Ya dan ya… dan tetap ya. Walau berkali-kali orang di sekelilingnya bertanya kenapa. Jawapannya mudah sahaja, kerana hatinya tersangat menyintai lelaki itu. Ya, dia sangat menyintai Ahmad Badeen .
“Arbayah !” tekan Mak cik Ramlah dengan geram. Tidak faham dengan sikap anaknya yang seorang ini. Semalam, bermatian-matian kata tidak mahu. Tetapi hari ini, lain pula ceritanya. “Cuba cakap dengan mama… kenapa?”
“I love him, mama.”
“Ya… tu mama tahu. Tapi kenapa nak kena kahwin jugak? Cakap dia dah kahwin dengan perempuan rambut blonde tu… apa nama dia? Jes?”
“Jeslina, mama.” Sepatah jawab Arbayah . Hancur hatinya menyebut nama perempuan itu. Tapi apakan daya, kena sebut juga. Bakal madunya bukan. Madu? Ditelan dalam-dalam perkataan itu. Dah macam kena telan hempedu. Pahit dan sakit.
“Jeslina… orang Melayu ke?”
Arbayah menjeling kecil. “Orang Islam ma…”
“Samalah tu…”
“Tak sama. Banyak bezanya.” Malas-malas Arbayah menjawab. Malas sangat. Biarlah orang apa sekalipun, dia malas hendak ambil kisah. Tapi yang dia hairan sangat sekarang ini, macam mana Encik Badeen yang tercinta boleh tersangkut dengan minah mat salihitu? Banyak sangat teori dan andaian yang tidak begitu mengena.
“Dah fikir masak-masak ke Arbayah ?” soal Mak cik Ramlah lagi.
Arbayah mengeluh tidak sudah. “Muktamad!” akhirnya, itu sahaja yang mampu dikatakan. Ya, muktamad.
Serentak itu dia sudah berlalu memanjat tangga. Ingin direbahkan badan seketika di atas tilam yang empuk. Biar berkurang sedikit bebanan yang menghantui minda. Namun untuk melelapkan mata, tidak semudah yang disangka. Wajah Jeslina bermain-main di tubir mata. Makin naik menyampahlah jadinya biarpun si Jes itu kerjanya tersenyum tidak kira masa. Makin sakit hati apabila senyuman itu mendapat sambutan daripada Badeen dan bibirnya, hanya terkaku bak kayu di antara mereka berdua itu.
Bunyi ‘beep’ daripada telefon bimbit di tepi katil itu dipandang sepi. Malas hendak melihat, lantas ditarik sahaja bantal menutupi seluruh wajahnya. Tidur lagi baik!

SHOW me the meaning, of being lonely…
Seakan terngiang-ngiang di ruang telinga. Seperti pernah didengar dan agak mesra buat pendengarannya. Tapi, apa ya? Fikir Arbayah , sambil matanya leka berlari pada rekod bacaan seorang pesakit di Wad 5. Tidak sampai beberapa minit kemudian, bunyi yang sama kedengaran. Lantas dia kalih ke sebelah, memandang wajah Hajar, jururawat pelatih yang sedang berdiri di sampingnya.
“Awak dengar tak?”
Hajar terpinga. “Err… dengar apa Doktor Arbayah ?”
“Bunyi…show me the meaning?” soal Arbayah lagi. Lagaknya kelihatan bingung sahaja. Hendak dikatakan tidak cukup tidur, rasanya dah terlebih ‘qada’!
“Bukan telefon doktor ke?” soal Hajar lambat-lambat. Rasanya dari tadi, telinganya sudah menangkap bunyi itu, namun sayup-sayup sahaja.
“Telefon saya?” Arbayah memasukkan tangan ke dalam kocek seluar yang dipakainya. Sekilas nama yang terpapar di skrin dilihat, tanpa rasa dia menekan butang cancel bagi menghentikan bunyi yang agak membingitkan telinga di kala ini.
Hajar yang melihat, tidak mampu berkata apa-apa. Mood Doktor Arbayah pada pagi ini begitu aneh pada pandangan matanya.

KOPI yang dipesan itu dikacau berkali-kali. Asap yang tadinya kelihatan berkepul-kepul, sudah mulai surut. Namun sesisip pun masih belum dihirup. Runsing sungguh kepala otaknya.
“Kenapa yang nampak serabai sangat ni?” teguran Faizah, rakan setugas membuatkan Arbayah mengeluh seketika.
“Rasanya dua minggu lepas, kau happy macam menang sepuluh bongkah emas. Ni kenapa aku tengok macam orang dah jatuh muflis?” soalan Faizah membuatkan Arbayah mendongak.
“Kau pernah tengok orang jatuh muflis ke?”
Geleng.
“Habis tu?”
Sepi. Faizah tidak menjawab.
Arbayah mengeluh. “Tak tahulah Faizah… aku ni pening.”
“Kenapa? Cuba cerita, mana tahu aku boleh tolong…” Faizah sudah menarik bangku di sebelah Arbayah . Cermin mata yang sudah hampir kelabu itu ditarik dan dilap seketika. Sibuk bertugas, sampai naik berpinar mata. Tapi itu tak bermakna, tak boleh nak bersosial dengan rakan sekerja buat seketika.
“Aku nak kahwin.” Arbayah memberitahu, tanpa rasa.
“Alhamdulillah.”
“Tapi orang yang aku nak kahwin tu, dah kahwin sebenarnya. Dia suruh aku tunggu dan dah dekat tiga tahun aku tunggu… tiba-tiba dia muncul, nak kahwin dengan aku, tapi dalam masa yang sama, dia dah kahwin dengan orang lain.”
“Rumit ni.” Faizah sudah menekan pelipisnya yang mulai terasa pening. “Kau memang nak kahwin dengan dia?”
“Aku tak rasa aku akan kahwin dengan orang lain,” jawab Arbayah . Pandangannya kosong. Tidak tahu apa yang dirasakan pada ketika. Tiada cinta, mahupun benci. Jadi, apakah ini?
“Mama kau?”
“Mama pun dah pening sebab aku tetap nak kahwin dengan dia.”
“Payah ni Arbayah . Kahwin dengan suami orang, hidup bermadu bukan senang macam kita duk tengok dalam cerita madu tiga tu. Kalau tak adil, jenuh nak kena berjawab dekat sana nanti.” Faizah sekadar memberi pendapat. Lagipun atas sebab apa hendak mengamalkan poligami ini? Hukum harus didahulukan kalau tidak seiring dengan sunnah yang diamalkan oleh rasul kita.
“Aku tahu. Tapi…” Arbayah tidak punya jawapan.
Faizah menghulurkan senyuman nipis sambil meletakkan tangan kanannya di atas jemari Arbayah . Arbayah tersenyum kelat. Tidak berperasa dan berperisa. Kelatnya memanjang sahaja.
“Fikir masak-masak. Hal nikah kahwin ni, tak boleh buat main. Jangan ikutkan sangat perasaan tu, sebab cinta manusia ni kadang-kadang boleh melukakan banyak jiwa tanpa kita sedar…” tenang sahaja Faizah memberi pandangan.
“Habis tu, aku nak buat apa ni?
“Kalau semata-mata kerana cinta, kau nak bermadu… aku cadangkan, kau tolak aje.” Saran Faizah. “Tapi ini hanya pandangan aku, sebaiknya kau fikir dulu sehabis boleh… doa dengan Allah, biar Dia lapangkan dada kau untuk buat keputusan yang terbaik.”
“Kalau aku tetap nak kahwin dengan dia?” soal Arbayah lagi.
Dah Faizah hanya menggelengkan kepala. “Daripada kau kahwin dan hidup bermadu, lebih baik kau terima Doktor Fathi. Suami pun dapat… anak pun dapat. Lagi bagus daripada dapat madu.” Faizah terus ketawa dengan kata-katanya. Ayat itu terkeluar secara spontan bila dia nampak wajah Doktor Fathi yang baru sahaja melabuhkan punggung selang dua meja daripada mereka.
“Mulut!!!” Arbayah sudah geram. “Aku cilikan nanti.”
“Eh… okey sangatlah tu. Buat apa nak susah-susah layan kerenah madu yang belum tentu kau mampu. Baik kau layan budak, lagi mudah. Lagipun, anak-anak Doktor Fathi tu… calon anak soleh dan solehah. Mana nak dapat…” giat Faizah.
“Shut up you…” malas saja Arbayah membalas. Merajuk dengan Faizahlah kalau macam ni!
Baru sahaja Arbayah hendak bangun beredar, tersentak jiwanya. Senyuman Doktor Fathi sudah menghiasi ruang mata. Entah bila pula dia itu duduk di belakangnya, langsung tidak sedar.
“Bolehlah tu…” sekali lagi suara Faizah tercetus dengan tawa halus.
Arbayah hanya mampu menghadiahkan jelingan maut di saat itu.

“SAYA tanya ni, kenapa tak jawab?” suara itu meninggi sedikit. Arbayah yang tadinya kelihatan tenang mulai nampak berang.
“Jangan nak marah-marah saya boleh tak? Saya sibuk kerja. Awak tak boleh nak harapkan saya jawab segala call dan mesej awak. Macam saya tak ada kerja lain!” senada juga Arbayah membalas.
Serentak itu, jelas kedengaran dengusan yang menampar cuping telinga. Arbayah sedar, keadaan mood mereka berdua terumbang-ambing bagai dipukul ombak. Tetapi masalah ini berpunca daripada siapa? Ahmad Badeen jugak! Hatinya yang geram hanya membuatkan dia bersetuju tanpa berfikir dengan andaian itu.
“Arbayah … please. Let don’t make this thing worse… I’m already here for you.” Suara Badeen merendah. Dan Arbayah pula mengeluh.
“Awak bukan seorang…” Kecewa nada Arbayah . Walaupun dia tahu keputusan hatinya, tapi rasa kecewa itu terus menghantui diri. Tidak mahu terus berbicara, dia terus mematikan talian telefon. Tanpa dipinta, air matanya sudah mulai jatuh. Dia terasa begitu lemah. Walaupun ujian ini tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripadanya.
Bunyi mesej masuk kedengaran. Lantas Arbayah mengesat air mata. Tidak kuasa hendak berdrama air mata lebih-lebih di tempat kerja.
Do you love me, Arbayah ? If you think yes, then we will proceed. If no, then I’ll just leave. But… I won’t be here if it is not of HIS will…
Mesej yang diterima itu makin menghilangkan rasa sedangkan Arbayah tahu, lelaki itu yang dicinta. Cinta ini benar-benar mendukacitakan jiwanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience