BAB 8

Romance Completed 928

“I will, love.” Dengan senyuman nakal jawapan diberikan. “Dan sekarang ni, bukan tanggungjawab awak ke untuk jaga saya?” Badeen menyoal dengan kenyitan di mata.
“Siapa yang nak jaga awak? Jaga diri sendirilah!” Berani sahaja jawapan yang diberikan oleh Arbayah .
“Sure?” bisikan yang kedengaran betul-betul di telinga. “Kalau tak nak jaga abang, tahulah nanti abang nak buat apa dengan sayang.”
Bisikan itu halus sekali. Hampir sahaja meremangkan bulu roma Arbayah . Tetapi, lebih daripada itu, terasa ada sesuatu yang menggelikan hati. “Abang???” Arbayah ketawa.
“Macam comel sangat, awak sebut… abang.” Ulangnya lagi. Ketawanya makin menjadi-jadi.
“Why?”
“Macam mana entah… abang?” Arbayah ketawa lagi dengan jawapannya. Tidak sanggup hendak dikatakan Badeen kelihatan begitu melucukan apabila membahasakan diri sebagai abang. Mujur sahaja tiada slanga dalam sebutan itu. Kalau tidak, mahu tiap-tiap hari Arbayah ketawa tidak berhenti.
“Arbayah ! Tak baik gelakkan suami…” Badeen mengetap bibir geram. Wajahnya mulai merah. Menahan malu dan marah.
“Ya abang…” dan Arbayah , masih mahu mengusiknya.
“Sayang… jangan usik lebih-lebih. Sekarang ramai, nanti berdua…” Usikan balas daripada Badeen yang terus menzipkan mulut Arbayah .
Seketika sahaja, bibir Arbayah mencebik.
“Saya tak takutlah…” balas Arbayah berani.
Kening Badeen terangkat. “Iya?” Dan lelaki itu ketawa.
“Iyalah… you are the men I’m in love with… why should I scare?”
Serentak itu dahi Arbayah dikucup. Sama seperti yang dilakukan ketika upacara akad nikah. Spontan juga Arbayah memejamkan matanya. Syahdu itu masih terasa. Dia yang aku cinta… bisik hatinya. Moga Allah memudahkan perjalanan hidup mereka yang seterusnya.
“Dan pengantin kita masih duk feeling berdua… sudah-sudah la. Mari bersalam dengan tetamu dulu. Nanti boleh sambung kisah kasih sayang kamu tu.”

Usikan yang entah daripada siapa, yang meronakan wajah kedua mempelai itu. Tersentak seketika sebelum Arbayah perlahan-lahan mengundur ke belakang dek kerana rasa malu yang menyinggah. Badeen pula… tersengih sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience