BAB 3

Romance Completed 928

Benarlah kata orang, cinta manusia boleh berubah bagai pantai yang dilanda ombak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Namun tidak jika yang dikejar itu cinta Allah. Allah tidak pernah berpaling daripada hamba-Nya. Bahkan terbentang sejuta kasih buat hamba-Nya yang beriman dan memohon taqwa pada-Nya.
“Jauh termenung Doktor Arbayah …”
Arbayah tersentak. Melihatkan figura yang bertandang di depan mata, hatinya yang sememangnya tidak tenang menjadi makin tidak senang.

TANGAN yang dikepal sejak tadi akhirnya dibenamkan dengan penuh rasa geram pada dinding rumah berwarna putih itu. Sakit hatinya!
“Tak perlu nak marah lebih-lebih… semua ni salah siapa?”
Soalan itu membuatkan dengusan kasar dilepaskan. “Salah dia! Why she has to be so nice with that guy? Sampaikan I telefon pun dia tak jawab, dia reject call.”
Ketawa Jeslina bergema seiring dengan jawapan yang diterima. Lama-kelamaan ketawa yang galak berubah menjadi sinis. “Badeen , you started all this.” Sinisnya pada lelaki yang wajahnya sudah mula menjadi merah. Dan itu petanda Badeen benar-benar marah.
“You yang paksa I!”
Jeslina ketawa besar. “I tak paksa pun, I cuba nasib… tak sangka, you akan menurut tanpa usul periksa. Well, I always have the luck.”
Melihatkan wajah gembira milik Jeslina, Badeen terduduk. Seandainya Arbayah yang tertawa gembira di hadapannya, pasti hatinya akan menjadi bahagia. Tetapi, disebabkan kewujudan Jeslina di sini… di saat ini… segala harapan yang diberikan kepada Arbayah sebelum gadis itu berangkat ke Malaysia, seakan punah begitu sahaja. Bagaimana diri ini mencari gelaran munafik itu dengan sendiri tatkala tidak dapat memenuhi janji. Malah lebih teruk, dilukakan hati Arbayah .
“Jes… I love her.”
Jeslina tersenyum. “I tahulah apa yang I nak buat. Tapi, you tak boleh lupa dengan janji yang you dah buat dengan I. Jangan bila dah dapat Arbayah , you terus lupa dengan I. You masih bertanggungjawab, okey…” ugut Jeslina namun tidak serius nadanya. Wajah Badeen yang makin cemberut melahirkan rasa lucu dalam hati.
Sudah masak dengan sikap Badeen , Jeslina berlalu masuk ke dapur rumah yang dibeli oleh Badeen sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia. Dia tahu, perancangan Badeen begitu teliti dalam hal Arbayah . Kalau tidak, masakan lelaki itu sudah nekad untuk tinggal di sini. Memohon kerja di sini hanya kerana ingin memudahkan Arbayah . Semuanya menunjukkan besarnya kasih Badeen kepada Arbayah , dan Jeslina memahaminya. Tapi, janji tetap janji. Badeen harus tetap bertanggungjawab dengan dirinya!

“TERIMA KASIH, Doktor Fathi… susah-susah saja.” Arbayah serba salah apabila Fathi, doktor senior di sini tolong belikan minuman pagi buat dirinya. Lebih daripada serba salah, Arbayah rasa serba tidak kena.
“Kenapa pula nak susah… kebetulan saya nampak Arbayah termenung sorang-sorang, maybe a cup of coffee can help.” Serentak itu Fathi sudah melabuhkan punggung di hadapan Arbayah . Spontan juga matanya menangkap wajah Arbayah yang mempamerkan riak terkejut. Sama sahaja reaksi itu seperti yang berlaku dua hari lepas.
Terhimpit perasaan tenang Arbayah apabila berdepan dengan lelaki berusia lewat 30-an ini. Sesak nafas pula biarpun Fathi hanya menikmati sarapan tanpa terus bersoal jawab dengannya. Melihat gaya yang penuh tertib di hadapan mata, Arbayah terasa kagum seketika. Bukan dia tidak pernah mendengar kisah hidup Doktor Fathi yang kacak ini. Semuanya daripada mulut Faizah yang tidak pernah miss waima satu cerita.
Khabarnya isteri lelaki itu telah memohon cerai sebaik sahaja melahirkan anak mereka yang kedua. Aduh, sedihnya! Tidak sayangkah perempuan itu dengan anak-anak mereka yang sangat comel dan tidak jemu dipandang mata? Arbayah yang terpandang sekali-sekala pun boleh terjatuh sayang.
“Fikirkan apa?”
Bibir Arbayah tersenyum tanpa sedar, dan seraya bibirnya mengorak jawapan, “Jehan dan Fasha,” ucapnya gembira.
Dan itu adalah nama anak-anak Fathi. Seakan tersedar daripada mimpi, mata Arbayah terhala ke hadapan. Jantungnya berdegup kencang.
“Saya ada sebut apa-apa ke?” soalnya kalut.
Fathi tersenyum. “Awak sebut nama anak-anak saya… kenapa?”
Srappp! Bagaikan ada pisau yang menoreh ke muka, Arbayah terasa pucat seketika. Apa perlunya dia menyebut nama anak lelaki itu? Kau dah gila ke Arbayah ??? Rasa macam hendak pengsan pula apabila melihat Fathi yang tersenyum manis di hadapannya. Alamak, macam mana nak cover line supaya Doktor Fathi ini tidak berfikir yang bukan-bukan?
“Lama tak nampak dia orang, doktor hantar ke nurseri ke?” Kononnya soalan cover line.
“Rasanya baru semalam dia orang singgah, siap berselisih dengan awak lagi.”
Erk! Arbayah terasa tercekik. Walaupun dia hanya menghirup air kopi buatan mesin. Hendak senyum pun, seakan tidak menjadi di wajahnya ini. Malunya!!! Bertambah malu dengan pandangan Fathi yang sudah berlainan makna.
“I like you…”
Dan cukup ucapan itu yang hampir menggugurkan jantung Arbayah . Karang gugur betul, tak bernyawa pula jadinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience