BAB 1

Romance Completed 928

Jantungnya berdegup kencang, sedari tadi termundar-mandir menanti di ruang legar ini. Menanti kehadiran insan yang disayangi. Menanti saat yang ditunggu-tunggu selama ini. Disunting menjadi suri dalam hidup lelaki yang dicintai. Ah! Indah sungguh rasa…
“Tahulah nak tunggu insan tercinta. Kut iya pun… tak perlulah tayang riak wajah teruja, yang terlebih perisa pulak!” teguran berunsur perlian itu hanya membuatkan dia menjeling manja.
“Biarlah!” balasnya dengan menyampah.
Tiada siapa pun tahu apa yang dirasainya selama dua tahun ini. Hidup berjauhan dengan insan yang memenuhi ruang hatinya. Sungguh menyeksakan jiwa dan raga sahaja!
“Akak…” panggilan itu membuatkan dia melepaskan dengusan manja.
“Apa?!” soalnya geram. Geram saat khayalan indahnya dicantas dengan kejam. Sedangkan, hanya itu yang mampu dilakukan di saat ini.
“Tu…” mulut si adik sudah memuncung ke satu sudut.
Matanya turut berlari mencari. Seketika dia terkapa-kapa. Melayarkan pandangan mata, tanpa arah. Namun hanya seketika… segala mimpi indah mulai berbunga dalam hati.
“He’s back.” Bibirnya berkata perlahan.
“Akak…” panggilan Amni disambut dengan pandangan bercahaya. Dia gembira.
“Yang tu… siapa?” Arbayah terpinga-pinga. Siapa? Matanya kembali fokus pada figura yang dirinduinya. Siapa?
“Siapa?”
“Yang rambut blonde… pakai spek hitam tu!”
“Mana?” Arbayah tidak nampak. Pandangannya hanya dipenuhi wajah Brandon yang sudah semakin dekat dengannya. Senyuman di bibir lelaki itu dibalas tanpa bertangguh.
“Hi sweetheart…” sapaan Brandon makin melebarkan senyuman. Confirm, dia tidak bermimpi di siang hari. “How are you?”
“Alhamdulillah… super fine with His bless. And you?” Arbayah menyoal mesra.
“Yeah… I’m fine too…”
“Meet my sister, Amni…” ujar Arbayah mesra.
Amni tersenyum kecil. Melihat wajah Arbayah yang teruja, makin melebar senyumnya. Hai… dua tahun punya angau, bakal hilang tidak lama lagi.
“Arbayah …” panggil Brandon perlahan.
“Yes…”
“ Brandon …” satu suara dari belakang mula menyapa. Arbayah terpinga. Melihat seorang gadis tinggi lampai. Hampir menyamai ketinggian buah hatinya. Berdiri di sisi lelaki itu dan tersenyum mesra. Saat itu matanya sudah menangkap wajah Brandon beriak serba salah. Apakah?
“Who is this darling?” soalan si gadis berambut blonde itu membuatkan Arbayah tersentak. Terus sahaja pandangan tajam dihadiahkan buat Brandon . Dia memerlukan penjelasan atas perkara ini. Amni di sisi, terus memegang tangannya erat sekali. Mungkin bimbang jika ada yang bergusti di KLIA ini.

KEPALANYA dipegang kuat. Cuba memastikan tiada apa-apa yang tertanggal. Kemungkinan ada komponen di dalam kepala sudah beralih posisinya disebabkan tekanan di luar kawalan ini. Perlahan, nafas ditarik dan dihembuskan. Dia cuba bertenang sehabis yang mungkin. Matanya sudah beralih ke hadapan. Wajah Brandon dipandang tajam. Kalau boleh dibuat gulai, sudah dibuatnya sekarang.
“Dear…” lembut suara Brandon mengalun kata.
“Apa dear-dear?! Dah bagi sakit hati aku, boleh pulak duk panggil dear. Ikutkan hati tengah panas ni… saya campak awak dekat luar. Biar kena gilis dengan kapal terbang!” marah Arbayah . Dihamburkan sahaja kata-kata kerana dia amat yakin, Brandon tidak memahami walau sepatah.
Tawa Brandon membuatkan dia mencebik geram.
“Tahulah tengah marah… tapi sanggup nak tengok saya mati kena gilis kapal terbang?”
Arbayah tergamam. Apa yang dia dengar sebentar tadi? Bukan dari meja sebelah kan? Wajah Brandon dipandang dengan rasa tidak percaya.
“Surprised sayang?” soal Brandon mengusik.
Arbayah yang seakan tergamam, mencebik semula. “Menyampahnya saya dengar awak panggil sayang. Huh!”
“What? Sampah?”
“Menyampahlah!” ditekan geram.
“Okay… okay… don’t be angry. I’m here to explain.” Pujuk Brandon .
“Explain what? You are married with that lady. What else that left to be explained?” Arbayah mulai berangin. Sakit hati. Sakit jiwa! Lepas ini, dia hendak minta tukar masuk wad psikatrik pula. Biar jadi gila. Hesy! Nauzubillah.
“Of course there is one more thing to be explained. I am here to meet you… to propose you… to marry you, sweetheart.”
“In your dream, Mister Brandon !” Arbayah sudah bangun dari bangkunya. Tidak cukup dengan menghancurkan harapannya. Lelaki itu masih mengimpikan untuk berkahwin dengannya.
“Arbayah …” Brandon memanggil. Biarpun Arbayah sudah berlalu tanpa mempedulikan panggilannya itu.
“Arbayah … call me Badeen .”
Terkaku langkah Arbayah . Biarpun sudah jauh, telinganya masih mampu mendengar. ‘Badeen …’
“When I became a muslim, I want to be called as Badeen .” Kata-kata berulang di ruang minda. Arbayah masih ingat akan momen yang pernah dilaluinya.
“Why Badeen ?” soal Arbayah ceria. Wajah Brandon yang tersenyum gembira ditatap lama.
“It means, Virtuous, Pious, God-Fearing and Devoted to God.”
Arbayah masih ingat. Ia merupakan nama yang diidamkan Brandon . Sering disebut-sebut oleh lelaki itu. Badeen !
“Assalamualaikum… I’m Ahmad Badeen Martell Abdullah.”
Arbayah tergamam lagi. Dia semakin tidak faham. Jika dihadapannya kini bukan Brandon , tetapi Badeen . Dan siapa pula gerangan yang mengaku sebagai isteri kepada Badeen tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience