BAB 1

Romance Completed 1493

‘Bu,Linda rindukan ibu’aku menangis teresak – esak mengenangkan ibu yang telah kembali kepada pencipta-Nya sebulan yang lalu.Beginilah hidupku semenjak ibu meninggalkan aku secara tiba – tiba kerana penyakit jantungnya.Aku hanya tahu menangis di dalam bilik.Aku sedih kerana tidak sempat jumpa ibu buat kali yang terakhir.Hanya doa sahaja aku utuskan dari Jepun.Aku ketika itu sedang menghadapi peperiksaan semester terakhir.Khabar itu aku terima sehari sebelum aku hendak pulang ke tanah air.Aku ingat Kak Ita bergurau dengan ku,tetapi selepas itu ayah pun menelefon ku mengkhabarkan berita yang serupa.Di dalam pesawat aku menangis hingga penumpang di sebelah ku risau melihat ku.Dia menghulurkan sehelai sapu tangan.Aku ketika itu tidak melihat wajah nya kerana kabur dek dengan air mata.Aku turun ke pesawat dengan hati yang berbaur.Herm,tidak ada sesiapa pun yang menyambut kepulangan aku kali ini.Biasanya,ibu menungu aku.Aku pulang dengan menaiki teksi.Tiba di rumah ayah,aku terlihat seorang perempuan yang asing sedang bersantai di tepi kolam.Aik,siapa pulak ni.Aku memberi salam dan membuka pagar rumah ayah.Perempuan itu menghampiri aku apabila aku hendak membuka pagar rumah.
“Cik ni siapa?”dia bertanya sambil memandang aku dari atas hingga ke bawah.Sepatutnya aku yang tanya soalan tu kat dia,ni terbalik lah pulak.
“Erm,ni rumah Encik Azman kan?Saya anak dia,”aku bertanya untuk meminta kepastian.Mana lah tahu ayah sudah pindah rumah selepas kematian ibu.
“Ya,saya ni isterinya,”perempuan itu menjawab dengan lagak angkuhnya.Isteri?Sejak bila ayah kawin baru?Muda pulak tu.Sama baya dengan aku agaknya.Aku tergamam sebentar.Kenapa berita ini tidak di sampaikan kepada aku semasa telefon semalam.Nampak sangat aku tidak begitu penting di dalam rumah ini.Tiba – tiba handset ku berbunyi.Panggilan daripada ayah.
‘Hello ayah’aku menyapa ayah.
‘Lin kat mana ni?Ayah cari dekat Senai tak ada pun’
‘Lin naik teksi yah’aku menjawab dengan nada malas.Perempuan di depan ku mula mendekatkan telinga untuk mendengar perbualan aku.Aku menjadi rimas.Segera aku menegur nya.
“Awak ni nak apa?”soalan aku mengejutkan dia.Dia segera menjauhkan diri dan menutup pintu pagar yang aku buka tadi.Cis,berlagak lah pulak.Menyampah aku.Dia segera berlalu dan kembali bersantai di tepi kolam berpura – pura tidak melihat aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience