BAB 8

Romance Completed 1493

Tiba disana,aku dan Khizani berjalan – jalan menghirup udara pagi.Segarnya…
“Awak pernah pergi sini?”dia bertanya sambil berhenti di tepi kolam.Mana lah aku pernah pergi sini.Ni pun pertama kali aku datang Kluang.
“Tak pernah,”aku berkata sambil melihat anak – anak ikan berkejar – kejaran.
“Saya selalu pergi sini kalau ada masalah,” Khizani berkata sambil melihat kea rah ku.
“Er..Awak selalu banyak masalah ke?”aku bertanya sambil memandang kea rah nya.Bertembung mata kami.Ish,tergoda aku kalau macam ni.Aku mengalihkan pandangan kembali kea rah kolam.Lebih baik pandang ikan daripada pandang muka dia ni.
“Tak lah selalu ada masalah.Saje je nyakat awak.Saya kadang – kadang je datang sini kalau nak jungle trakking.Biasanya pergi berdua buat teman,”Aku memandang nya cuak.Berdua?Dengan siapa?Makwe dia ke?Aku sudah gelabah.
“Awak pergi dengan siapa?”aku bertanya sambil menunggu jawapannya.Lamanya dia nak jawab,soalan ini susah ke?
“Tak apalah kalau awak tak nak jawab,saya tanya je,”Aku berkat begitu apabila tiada balasan daripadanya.Pun tiada balasan daripada Khizani .Ish,dia ni kenapa pulak,dia je..Aku memandang kearahnya.
“Awak ni kalau tak tengok saya macam tu tak boleh ke?”aku menegurnya yang sedang memandang ku.
“Awak cute sangat.Tak puas tengok,”Selepas berkata begitu dia ketawa.Apa sebab dia ketawa aku pun tak tahu.
“Awak cuba tenung mata saya.Saya tak pernah tengok awak tenung mata saya.Teringin jugak nak tengok mata awak yang biru tu,”Lantas aku memandang ke arahnya.Terbit satu perasaan dalam diri apabila aku merenung nya.Perasaan apa tu?Pastilah cinta.
“Jom balik,”aku mengajaknya pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience