BAB 7

Romance Completed 1493

‘Tuk!!Tuk!!Tuk!!’ kedengaran pintu di ketuk beberapa kali.Aku membuka mata.Siapa lah ganggu aku tidur ni.Aku melihat jam tanganku di meja sebelah katil.Pukul 7 pagi?Sebaik lah aku tak boleh sembahyang,kalau tak bertimbun lah dosa aku.Aku membuka pintu.Apabila melihat wajah tersebut,aku menutup kembali pintu dengan segera.Tak kisah lah kena batang hidung dia ke tak?Yang penting kenapa lah aku boleh selamba buka pintu kalau dah tahu rambut kusut masai.
“Mama ajak makan,”dia berkata begitu dan selepas itu aku tidak mendengar apa – apa suara lagi.Selepas bersiap,aku ke ruang makan.Perlahan – lahan aku melangkah.Tiba di meja makan,semua memerhatikan ku.Malunya…Aku terlihat Khizani mengajak aku duduk di sebelah nya.Ah,memang kat sebelah dia je kerusi kosong.Yang lain semua dah penuh dengan keluarga dia.
“Nah Lin,makan banyak – banyak.Mama masak nasi lemak special untuk bakal menantu mama,”dia berkata begitu sambil menyedukkan nasi lemak ke dalam pinggan ku.Bakal menantu?Sejak bila pulak aku ni ada hubungan dengan keluarga ni?
“Er..makcik..Siapa bakal menantu makcik?”aku bertanya untuk kepastian.
“Lah,si Khizani ni…,”belum sempat mama Khizani menghabiskan cakap,terdengar suara seseorang mencelah.
“Dah,makan dulu.Nanti lambat nak pergi kerja,”dia berkata begitu sambil makan.Eleh dia ni.Aku nak minta kepastian je.Aku makan dengan berselera.Wah,sedap mama dia ni masak.Tak pernah aku makan banyak macam ni.
“Er papa pergi kerja dulu,”selepas Encik Jamal berlalu untuk ke kereta nya,aku terlihat mama pun sudah bersiap sedia untuk pergi ke kerja.
“Mama pergi dulu Lin. Khizani ajaklah bakal menantu mama ni jalan – jalan.Jangan duduk berdua dalam rumah,takut kena tangkap free,”Mama berkata begitu sambil memeluk ku.
“Erm,Nazmi pun nak pergi kerja.Bye kakak ipar,”Nazmi berkata sambil mengenyitkan matanya kea rah ku.Kurang asam punya Nazmi.
“Er,saya pun nak siap – siap lah.Nak pergi cari kerja.Takkan nak menganggur kot,”aku bersuara dengan gugp dan berlalu ke tingkat atas untuk bersiap.Lagi cepat aku keluar,lagi tenteram hati aku.

Tiba di tingkat bawah,aku terlihat Khizani sudah bersiap.Dia ni nak pergi mana pulak?Ah,lantak lah bukan urusan aku.Mungkin dia nak pergi kerja kot.
“Saya pergi dulu,”aku berkata begitu sambil menuju keluar kearah kereta ku.
“Nanti kejap,” Khizani menyuruh aku menunggu nya.
“Kenapa pulak?,”Aku bertanya dengan hairan.Aku melihat Khizani sudah mengunci rumah dan pintu pagarnya.
“Saya teman awak pergi cari kerja,”dia berkata begitu sambil mengambil kunci kereta yang ada dalam tangan aku.
“Awak tak kerja ke?”aku bertanya ketika berada di dalam kereta.
“Belum tiba masa bertugas,”dia berkata begitu sambil mencuri pandang kea rah ku.Pe hal lah mamat ni?Dari semalam asyik curi pandang tengok aku je.Aku terasa pipi ku akan terasa membahang bila dia pandang macam tu.
“Awak nak pergi Gunung Lambak tak?,”dia bertanya kepada ku.Gila agaknya dia ni.Aku nak pergi cari kerja,bukan nak pergi melancong.Tapi lain pulak yang aku jawab.
“Boleh,”Ah,nanti – nanti jela aku carik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience