BAB 9

Romance Completed 1493

Di dalam kereta,dia mengusulkan sesuatu di luar jangkaan aku.
“Lin,awak sudi jadi isteri saya?”dia bertanya sambil menggenggam tangan ku.Aku terkejut.Dia melamar aku ke?Kenapa tiba – tiba?
“Kenapa saya?”aku bertanya lagi.Ish,aku ni…banyak songel la pulak..
“Sebab saya tahu,awak yang layak menjadi isteri saya dan seterusnya menjadi ibu kepada anak – anak saya,”dia berkata sambil menyeluk poket seluarnya.Dia mengeluarkan kotak.
“Awak bukalah,”dia melepaskan genggaman dan menghidupkan enjin kereta.Aku membuka.Wah,cinta berlian tu.Mesti mahal sebab berkilau – kilau terkena mata.
“Awak terima saya tak?Kalau awak terima,bulan depan kita kawin.Yang cincin ni kira cincin tunang.Saya tak nak melakukan sesuatu di luar batas hukum.Pegang jari awak pun sebenarnya berdosa.Kalau tak terima,sampai sini sahaja lah hubungan kita.Saya tak kan ganggu hidup awak lagi”Dah tahu berdosa pegang jugak tangan aku tadi.Pelik betul.Tapi aku tahu,kadang – kadang nafsu boleh menguasai diri seseorang.
“Nanti lah saya fikirkan.Saya sekarang ni kena cari kerja sebab saya kena bergantung dengan diri sendiri,”Ah,malu aku hendak menceritakan tentang ayah.Kadang – kadang aku cemburu melihat Khizani dan Nazmi ada keluarga bahgia.Semasa ibu ada,aku dapat merasai kasih saying kedua – duanya.Tapi sekarang….
“Nanti saya jumpa ayah awak,”Dia tiba – tiba berkata begitu.
“Awak kenal dengan ayah saya ke?”aku memandang dia dengan pelik.Setahu aku,aku belum bercerita pasal ayah dekat Khizani .
“Kenal.Rupa – rupanya dia kawan baik ayah,”Lantas dia tersenyum.Patutlah.Aku ingat dia ni baca fikiran aku lah.
“Kalau saya terima,”aku berkata lambat – lambat.
“I’m the luckiest man in this world,”dia memberi senyuman yang manis kepada ku.
“Sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan awak”aku berkata perlahan – lahan untuk pendengaran aku sendiri.
“Apa?”dia bertanya setelah tidak dapat menangkap apa yang aku kata.
“Tak ada pape lah.Saya terima awak dan saya harap awak dapat terima saya seadanya,”aku memberi senyuman kepadanya apabila dia merenung ku dengan pandangan yang lembut.Ah,aku pasti ni jodoh ku.

Terima kasih tuhan kerana menganugerahkan aku dengan kebahgiaan ini.Semoga perkawinan aku akan berkekalan selama – lamanya bersama dengan bakal suami ku, Khizani Bin Jamal.Biarlah kasih kita bersimpul mati..

p/s:Harap dapat beri komen yang membina kepada saya yang masih baru dalam bidang ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience