BAB 2

Romance Completed 1493

‘Lin’kendengaran suara ayah di dalam talian.
‘Yer yah’aku menyahut panggilan.
‘Lin kat mana ni?’
‘Kat rumah ayah’terdengar ayah mengomel.Aku pun tak tahu lah ngomel apa,malas nak ambil tahu.Yang aku nak tahu siapa perempuan yang selamba badak duduk dekat rumah ayah aku.Aku membuka semula pagar rumah ku.Perempuan yang berlagak isteri ayah ku mula bangun dan menghala ke arah ku.
“Kau ni siapa?,”dia bertanya sambil memandang ku dari atas ke bawah dengan tidak puas hati.Lantak aku lah nak masuk or tak,mentang – mentang lah dia jadi bini ayah aku,nak berlagak jadi mem besar pulak dalam rumah ni.Aku segera menolak perlahan tubuhnya untuk masuk ke dalam rumah.Tiba – tiba,
“Aduh!”Perempuan tersebut terjatuh di atas tar jalan di halaman rumah.Amboi,mengada – ngada nya..Aku tolak perlahan je,gedik nya lebih – lebih plak.Dia segera memegang punggung belakang nya..Padan muka…Biar bengkak sekali bagus jugak,bertambah – tambah besar punggung dia.Aku ketawa mengekek – ngekek di dalam hati.
“Fafa!Fafa!,”dia segera menjerit memanggil pembantu rumah.Sebaik lah Fafa masih kerja dekat rumah ni lagi.Aku ingat ayah dah ada bini baru,pembantu rumah pun nak baru.Dah lama aku tak jumpa dengan Fafa.Fafa aku sudah anggap seperti kakak ku semenjak dia bekerja dengan kami.
“Ya Puan,”Fafa segera datang dengan wajah yang menunduk ke bawah.Aku perasan tangannya seperti menggigil – gigil.Takut lah tu…
“Ambil kan kerusi roda dekat dalam rumah,”Aik,jatuh sikit dah nak kena naik kerusi roda?Memang lah gedik…Aku pun tak tahu lah macam mana ayah aku boleh terpikat dengan perempuan macam ni.Dari benua mana ntah dia ni tinggal.Tak ada adab sopan betul.Aku tahu lah Fafa ni pembantu rumah,tapi jangan lah di suruh buat kerja yang tak tersenarai dalam tugas dia yang sebenarnya.
“Tak payah ambil Fafa.Biar dia bangun dan ambil sendiri kalau dia nak guna,”aku segera memberi arahan kepada Fafa dengan tegas.Yang Fafa ni pun satu,ada ke ikut je apa minah ni cakap.
“Tapi Cik…”Fafa tidak berani menyambung kata – katanya apabila menangkap panahan mata perempuan gedik ni.
“Fafa hari ni masak apa?Lin lapar lah,”aku merengek – rengek manja hendak provoke perempuan gedik tu.Alamak,lupa plak nak tanya nama dia.
“Nama siapa?,”Aku bertanya dengan nada selamba.Tak hingin aku panggil dia mama.Umur nak sama dengan aku,kawin dengan ayah aku yang pangkat datuk sepuluh cucu.Memang betul lah kata orang,cinta tu buta.Tak kenal yang mana muda dan yang mana tua.
“Nama aku Ain.Kau kena panggil aku mama sebab aku dah kawin dengan ayah kesayangan kau.So,sila lah hormat aku,”dengan nada yang marah Si Ain ni,oppsss..sori..Si mama baru aku ni berkata.Jangan harap lah aku nak panggil dia mama.Tapi,kalau aku panggil dia mama,masa tu agaknya aku punya wayar kat otak satu tertanggal kot.Aku ketawa dalam hati.
“Ok lah nenek,aku nak masuk dalam rumah dulu.Jom Fafa,Lin lapar ni,”aku berkata sambil menggosok – gosok perut ku.Fafa segera mengekor aku masuk ke dalam rumah dan meninggalkan mama baru aku ni.
“Fafa,si Ain tu memang selalu macam tu ke?”aku bertanya ketika berada di dapur untuk makan tengah hari.
“Biasalah tu Lin.Dia tu jeles dengan Lin kot sebab Lin cantik,”Fafa menghulurkan nasi kepada ku.
“Fafa ni,orang tanya lain,dia jawab lain,”aku berpura – pura merajuk.Dah lama aku tidak bermanja dengan Fafa.Sekali sekala mengada – ngada.
“Ok lah,Fafa ada kerja lagi ni.Lin makan dulu ya,”Fafa meminta diri.
“Fafa ni kenapa?Kan dulu biasanya kita makan sama – sama.Semenjak ada orang baru kat rumah ni,perangai Fafa dah lain.Perempuan tu selalu buli Fafa ke?”aku bertanya dengan nada tegas.Aku ni pantang betul kalau orang berlagak besar.Bagi aku semua orang sama je,tak ada yang boleh membezakan pangkat.Tiba – tiba,kerusi di hadapan ku di tarik kasar.
“Kau ni tak ada kerja lain ke Fafa?Wah…wah..wah…semenjak dah ada penyokong kat dalam rumah ni dah berlagak pulak.Kau sedar diri kau tu siapa.Kau tahu la aku nanti buat apa kat kau bila budak ni berambus dari..”
Pang….tanpa sempat perempuan ni menghabiskan kata – katanya,penampar aku dah sampai ke pipinya.Terus kelu lidahnya nak menyambung kata – kata.Padan muka..Nak berlagak pula dalam rumah ni.Aku menoleh kea rah Fafa yang sedang mengesat air matanya.Ah,hati aku pun akan sedih bila orang menghina macam ni.Perempuan ni memang dah lebih lah.Hati aku mula panas.Kipas di ruang makan ketika itu tidak mampu menurunkan kepanasan dalam hatiku yang ketika ni berada dalam takat didih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience