BAB 5

Romance Completed 1493

“Jom pergi makan,”dia mengajak ku.Dia ni biar betul?Macam mana boleh cakap apa yang aku fikir.Apa – apa jelah,yang penting sekarang ni aku nak makan.Aku mengekor dia dari belakang.Kami tiba di Restoren Ah Seng.Mak!!!Dia nak bawa aku makan dekat restoren cina nike?Aku terpaku di tempat aku berdiri.Dia berhenti dan menoleh memandang ku apabila aku tidak mengikutnya.
“Jom lah.Awak kan dah lapar,”dia berkata begitu sambil menunggu aku berjalan dulu masuk ke dalam restoren itu. ‘Aku lebih rela makan burger dekat bawah jambatan daripada makan dekat restoren ni’desis hatiku.Ya ke aku sanggup?Dah lah banyak nyamuk dekat situ.Lagi lah aku tak sanggup.Yang mamat depan aku ni pun satu,dah tahu aku orang melayu pergi ajak makan dekat restoren cina.Alamak,lupa plak…dia ni kan cina.
“Eh,tak apalah.Saya dah kenyang,”aku berkata begitu.Belum sempat mamat di depan aku ni jawab,perutnya ku dah bermain muzik.Dia tergelak.Tak boleh la aku nak tipu.
“Ah,tu perut awak dah berlagu.Tak kan tak nak isi perut kot,”
“Sebenarnya,saya orang Melayu.Orang Melayu tak makan dekat restoren cina.Takut tak halal,”aku berusaha untuk menerangkan tanpa menggores hatinya.Aku pun tak tahu ayat aku ni sesuai atau tidak.
“Awak ni kelakar lah.Saya sebenarnya nak jumpa kawan.Dia makan dekat sini.Awak ingat saya orang Cina eh?,”dia berkata begitu sambil tergelak.Cis,dia kenakan aku.
“Tapi …,”aku tidak jadi hendak berkata.
“Muka saya nampak macam cina??Ayah saya orang cina dan mak saya orang arab.Saya pun tak tahu lah macam mana dorang boleh jumpa.Mungkin dorang jumpa masa kat dalam pesawat,macam kita kan?,”dia berkata begitu sambil tersenyum mesra kea rah ku.Cutenya…
“Cepat lah jumpa kawan awak,saya tunggu dekat sini,”aku berkata begitu sambil duduk di bangku di hadapan restoren ini.
“Ok,”dia berlalu dengan segera.Aku melihat sekeliling.Malam ni aku nak tidur dekat mana??Nampaknya terpaksa lah tidur dalam kereta.Nak tidur dekat rumah tumpangan,mahal.Duit yang Kak Ita bagi aku pun dah berkurang.Isi minyak kereta,bayar tol dan …nak pergi makan.Tidak sampai 10 minit,ternampak seseorang menghampiri ku.
“Dah,jom pergi,”dia berkata begitu sambil menghampiri parking kereta.Kereta?Alamak,kereta aku.Tak kan aku nak tinggalkan kereta aku dan naik kereta dia ni pulak kot.Masalah,masalah…
“Awak!”Aku memanggilnya.Nama dia ni pun aku tak tahu.
“Ye ada ape?”dia berkata begitu sambil berhenti di sebelah kereta nya.Mana satu kereta dia?Yang kereta katak lama ni or kereta avanza?Dia dia berdiri dia tengah – tengah antara kereta itu.
“Erm,saya punya kereta ada dekat parking kereta depan Hotel Anika,”aku berkata sambil menunjukkan kearah hotel yang aku maksud kan.
“Lah,kalau gitu naik kereta awak jelah.Jimat minyak saya,”dia berkata begitu sambil menuju kearah hotel Anika.Alamak mamat ni,dia ni tak nak balik rumah ke?Aku berusaha untuk mengikut rentak jalannya yang pantas.
“Abis tu kereta awak macam mana?”aku bertanya.
“Biar jelah dekat situ.Kereta lama..Tak ada orang nak curi,”dia menjawab dengan selamba.
“Mana kereta awak?”dia bertanya sambil melilau – lilau untuk mencari kereta aku.
“Depan mata awak la,”aku ketawa apabila dia menepuk dahinya tanda bingung.Aku membuka pintu hadapan.Belum sempat aku masuk,pintu di hadang.
“Biar saya mandu,”dia berkata begitu sambil menghulurkan tangan untuk meminta kunci.Aku keluar dan membuka pintu di sebelah pemandu.
Kami makan sambil berbual di restoren Sempoy.Nama dia Khizani Bin Ahmad.Tinggal dekat Taman Lambak.Umur 23 tahun tua setahun daripada aku.Yang paling aku excited sangat,dia ni belum kawin.Peluang masih cerah nampaknya.Ada can la aku nak goda.Aku ketawa dalam hati.
“Nak pergi mana lepas ni?,”dia bertanya sambil mencuri pandang wajahku.
“Saya sebenarnya tak ada tempat tinggal lagi la.Saya tengah cari kerja dekat Kluang,tapi semua nya tak dapat,”Aku berkata dan mengharapkan pertolongan nya kerana sekarang aku sudah buntu tidak dapat membuat apa selepas meninggalkan Johor Bahru,bandar kelahiran aku.
“Kat taman rumah saya ada satu rumah sewa.Kalau awak nak boleh juga saya bawa awak kat rumah tu.Tapi sekarang dah malam,tak sesuai pulak nak ketuk tuan punya rumah sewa.Awak pergi jela rumah saya,”dia berkata begitu sambil tersenyum penuh makna.Ya Allah,gila agaknya si Khizani ni nak ajak aku pergi rumah dia.Karang kena tangkap basah,jatuhkan maruah keluarga aku je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience