BAB 6

Romance Completed 1493

“Er..Tak apalah saya tidur dekat rumah tumpangan untuk malam ni.Esok baru kita pergi sama – sama tengok rumah sewa,”aku berkata begitu dan mengharap dia bersetuju dengan cadangan aku.Iyela,dia yang bawa kereta,bukan aku.Kalau aku cakap tak nak,kalau dia nak jugak bawa,tekan minyak kereta je sampai lah rumah dia.Susah betul.
“Jangan nak mengada – ngada lah.Dah malam ni.Nanti saya bawa awak pergi check in dekat rumah tumpangan nanti orang cakap saya bapak ayam pulak.Jatuh lah standard saya,”Aduh…aduh…macam mana lah aku nak terangkan yang aku tak nak.Berdua?Dekat rumah dia?Nak mati kena belasah dengan ayah aku agak kalau aku ikut jugak dia ni.Tapi macam mana aku nak jelaskan kat dia ni yang macam tak faham bahasa yang aku gunakan.
“Tapi…tapi…saya takut…,”aku bersuara dengan terketar – ketar.Memang aku takut.Bukannya aku dah kenal dengan budak ni dah lama.Baru je kenal beberapa hari.Ni dah berani sampai nak ikut dia balik rumah.Aku bukannya perempuan murahan.Dia memberi isyarat kereta kesebelah kiri tanda untuk berhenti.Aku memandang sekeliling yang dipenuhi dengan pokok – pokok.Aku memandang wajahnya mengharapkan penjelasan.
“Kenapa awak takut dengan saya?Saya tak makan orang pun,”dia berkata begitu sambil tersengih – sengih.Lain macam je dia ni sengih.Aku ketuk jugak kepala dia ni.Ingat aku tak faham lah apa sebab dia sengih – sengih.
“Tak takut pun.Masalahnya saya takut dengan kemurkaan Allah,”Ish Khizani ni tak kan lah tak tahu tinggal berdua – dua dekat dalam rumah boleh menimbulkan syak wasangkan orang sekeliling.Dah lah bujang pulak tu.Dia segera kembali memandu kereta menyambung perjanan.Aku melihat sign board di hadapan ku.100 meter Taman Lambak.Lah,dia nak bawa aku pergi rumah dia jugak ke.Aku sudah seram sejuk.
Selepas beberapa minit,dia memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang penuh dengan lampu menyala.Wah,besar nya rumah dia ni.Takkan lah dia duduk seorang je.Kot – kot dia tinggal dengan kawan – kawan dia?Macam mana lah aku boleh tak terfikir perkara ni.Aku mengetuk – ngetuk kepala tanda otak aku lambat berfikir.
“Adui!!,”aku menjerit kesakitan.Sakit siot kepala aku kena ketuk.
“Awak jangan nak fikir bukan – bukan.Dalam rumah ni ada keluarga saya.Awak tinggal lah dengan keluarga saya untuk satu malam ni,”dia berkata begitu sambil menekan loceng.Aku terlihat kelibat seseorang menghala ke pintu pagar untuk membuka pintu. Khizani segera menyalami perempuan yang membuka pintu dan berkata sesuatu ke arah perempuan itu.Aku segera menghampiri dan menyalami tanda hormat.Perempuan segera memeluk aku dengan erat sambil berkata ‘ah lan wasahlan’ beberapa kali.Ish,memang macam arab betul mak dia ni.Aku rasa perempuan ni sama baya dengan ibu aku kalau ibu aku ada lagi kat dunia ni.Tiba – tiba aku terasa sebak mengenangkan arwah ibu.Sedaya upaya aku menahan air mata daripada menitis.Perempuan itu segera mengajak aku masuk menggunakan bahasa melayu.Lah,pandai rupanya cakap bahasa melayu,aku ingat tak reti.Sebaik la aku faham apa yang dia cakap tadi dalam bahasa arab.Kiranya ilmu bahasa arab aku boleh lah di guna pakai lagi lah.Wah,terpegun aku melihat di dalam rumah ni.Serba mewah.Agaknya si Khizani ni kaya.Tapi…aku baru teringat dia cakap dia naik kereta katak lama tadi.Biar betul dia ni?Aku menghampiri Khizani yang sedang duduk di sofa sambil menutup mata.
“ Khizani … Khizani ..,”aku mengejutkan nya mengharapkan dia membuka mata.
“Ada apa?”dia bertanya sambil mata terpejam.
“Kereta awak macam mana?”aku bertanya untuk mengingatkan dia kereta lama dia.Dia terus membuka mata apabila aku mengingatkan nya.Hahaha.Padan muka.Kan dah tak ingat kereta dia.Dia segera mengeluarkan handset dan bercakap dengan seseorang menggunakan bahasa cina.Ish dia ni.Berapa banyak bahasa yang dia tahu?
“dah,settle.Saya dah uruskan.Awak pergi lah masuk bilik awak yang kat tingkat 2,bilik no 2,”aku bergegas pergi kerana terasa hendak membuang hajat.Berlari – lari anak aku pergi.Dan tiba – tiba,
“Aduh,”aku menjerit kesakitan dan memegang dahi ku yang terhantuk sesuatu.Aku membuka mata.Bulat mata aku merenung wajah di hadapan ku.
“Nazmi Bin Jamal,”aku memanggilnya dengan gembira.
“Linda Onn kan?”dia masih lagi ingat nama panggilan aku yang tidak masuk akal tu.
“Bukan la.Ni Linda Azman,”aku berkata begitu.Terdengar ketawa nya yang kuat.Boleh bergegar rumah ni.
“Tapi…Kau buat apa kat rumah aku?”dia bertanya sambil memandang aku pelik.
“Er…Aku….Aku masuk dalam bilik dulu lah,”aku segera berlalu dan membuka pintu bilik yang ditetapkan untukku.Eh,bilik siapa pulak ni?Banyak betul barang peribadi seseorang di dalam ni.Aku memandang kea rah Nazmi yang berada di depan pintu bilik.
“Ni bilik siapa?”aku bertanya untuk meminta kepastian.
“Bilik Abang Khizani ,”Cis,si Khizani bagi aku masuk dalam bilik dia buat apa.Aku keluar dan menutup kembali bilik.
“Ada bilik yang kosong lain tak?”aku bertanya.
“Semua..nya dah penuh,”dia bersuara tergagap – gagap sambil memandang sesuatu di belakang ku.Aku menoleh.Patut pun,ada abang dia.
“Awak duduk je dalam bilik saya.Saya biasanya tak ada kat rumah kerja,”dia berkata begitu sambil menarik tangan adiknya Nazmi.Pelik betul.Aku membuka kembali pintu dan membuka tudung.Panas.Aku segera membuang hajat yang tertangguh tadi.Selepas melepaskan hajat,aku kembali ke bawah untuk ke kereta ku mengambil baju.Aku terlihat Nazmi dan Khizani sedang berbual.Berbual apa aku pun tak tahu lah.Yang penting dorang tergelak – gelak.
“Awak nak kemana tu?”dia bertanya sambil memandang aku pelik.Iyelah,dah pukul 1 pagi.
“Er..nak ambil beg pakaian.Kunci kereta saya mana?”aku bertanya.Dia menghulurkan sambil melihat dengan pelik.Er,badan aku ada bau semacam ke?Tiba –tiba aku terasa pipi ku sudah bertukar merah kerana malu.Nazmi sudah tergelak – gelak.Berlari – lari aku ke tingkat atas untuk memakai tudung.Boleh pulak aku terlupa pakai tudung.Ish,dah nyanyuk agaknya aku ni.Macam mana lah aku nak pergi ke bawah ambil pakaian aku di dalam kereta bila ada budak dorang tu kat ruang tamu..Tiba di tingkat bawah,aku tidak nampak Nazmi dan Khizani .Aik,dorang ni pergi mana?Aku terlihat beg bajuku sudah berada di atas meja ruang tamu berserta dengan kunci kereta.Sebaik lah,budak dorang tu dah tak ada.Kalau tak,malu jugak aku.Aku mengambil dan berlalu ke tingkat atas untuk mandi.Terasa macam setahun aku tidak mandi kerana badan terasa melekit kerana berpeluh.Selepas menyegarkan badan,aku terus terlena bertemankan tilam yang empuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience