BAB 3

Romance Completed 1493

“Kau ni kenapa?Kalau kau tak puas hati dengan aku,kau cakap dengan aku.Jangan sampai nak membabitkan orang yang tidak ada kena mengena.Aku pantang betul kalau ada orang tu berlagak nak mampus sampai tak sedar diri sendiri tu siapa”aku berkata begitu sambil menunjuk kearah nya.Biar lah perempuan ni sedar diri dia tu siapa.Aku melihat bibirnya mengetap – ngetap menahan marah.
“Jom lah Fafa,kita pergi shopping kat luar.Panas lah dalam rumah ni,”aku berkata bergitu sambil mengipas – ngipas muka ku.Aku segera bangun dari kerusi dan memegang tangan Fafa dan berlalu kea rah kereta ku.Sebaik lah ayah ada belikan kereta untuk aku sebelum aku sambung belajar,kalau tak…nasib malang lah…
“Fafa ada nak beli apa – apa tak?”aku bertanya sambil mengemudi kereta Proton Waja ku.
“T…tak..tak ada…,”dia bersuara dengan tergagap.
“Dahl ah Fafa.Jangan ambil hati apa yang dia cakap tadi.Anggap kata – kata dia tu masuk telinga kanan,keluar telinga kiri,”aku memujuk Fafa yang seperti dalam keadaan ketakutan.
“Fafa takut eh?”aku bertanya dengan nada mengusik.
“Mana ada.Tak takut pun.Cuma tadi terkejut sikit sebab Lin sepak pipi dia.Lin tak tahu perangai sebenar dia macam mana,”Fafa menjawab selepas kurang sikit rasa takutnya..eh,silap..rasa terkejutnya…
“Tak payah buka aircond lah,”aku berkata begitu sambil menurunkan cermin tingkap.
“Kenapa pula?Fafa panas lah,”dia bersuara sambil berlakon mengesat – ngesat peluh di dahinya.Hampeh betul,dia ingat aku tak tahu lah yang tangan dia tu sejuk.Dah tangan sejuk,mesti lah badan dia pun seram sejuk.
“Dah la Fafa,tak payah nak berlakon kesat peluh,karang jerawat kat dahi tu pecah,”aku berjenaka.Serentak terasa tangan ku di pukul.Ketawa kami bergabung.Serasa hendak meletup kereta ni dengan ketawa kami.
Kami berjalan – jalan hingga di waktu petang.Pergi tengok wayang,main bowling dan pergi ke City Square.Serasa tiada masalah dengan melakukan aktiviti begini.Aku gembira melihat kembali senyuman Fafa.Kami pulang pada pukul 6 petang.Ketika pulang,aku terlihat kereta harrier ayah di garaj kereta.Yahoo!!ayah dah pulang.Tidak sabar rasa nya aku hendak berbual dengan ayah.
Aku memberi salam dan membuka pintu.Terlihat ayah dan ‘mama’ sedang duduk di sofa ruang tamu.Apabila melihat aku,dia sengaja merapatkan diri dan memeluk dengan manja ayah ku.Dasar perempuan nak menunjuk?Aku belasah baru tahu.Orang ada jugak suami,tapi tak ada lah macam dia ni.Gaya dia ni nampak macam lah dia ni dapat suami yang hansome and muda,tapi sebaliknya adalah.Aku pun tak tahu la ayah aku ni dah kena sampuk dengan hantu mana sampai dapat bini yang ‘baik’ sangat.Tapi kalau dah jodoh,nak buat macam mana..Redha jelah…
“Asalammualaikum ayah,”aku segera menghala kea rah ayah untuk bersalam.Ketika berada di hadapan nya,aku tiba – tiba terasa pipi ku pijar.Ayah lempang aku.Aku ketika itu sudah terduduk menahan sakit.Hidungku sudah keluar cecair yang berwarna merah.’Sampai hati ayah buat Lin macam ni’aku berbisik di dalam hatiku.Ketika itu suara ku sudah tiada.Mungkin kerana tergamam.Fafa segera menghampiri aku dan menghulurkan sehelai sapu tangan.Aku menolak.Biarlah darah ni keluar.Ini agaknya hadiah yang aku dapat dari ayah sempena kepulangan aku.’mama’di sebelah ayah sudah tersenyum – senyum memandang.Kurang ajar betul perempuan ni.
“Terima kasih ayah atas hadiah yang saya terima sempena kepulangan saya ni.Saya akan ingat sampai bila – bila hadiah ayah yang berharga ni,”aku segera berlalu ke bilikku untuk mengambil barang.Biarlah aku beredar dari sini sebelum aku di halau keluar seperti kucing kurap oleh ayah sendiri.Aku mengambil kembali bagasi yang aku tidak sempat keluarkan barangnya dan berlalu.Aku sempat memandang wajah ayah yang seperti dalam kebingungan.Ah,ayah…Aku tahu kau tidak sengaja memukul aku.Aku doakan kau bahagia dengan pilihan mu.Aku bergegas masuk ke dalam kereta.Baru aku teringat,aku hendak tinggal di mana selepas ni.Dah la belum kerja lagi,mana ada duit nak sewa rumah.Aku menelefon Kak Ita.Terpaksa lah tebal kan muka pinjam duit.Tapi aku berjanji,kalau aku dah kerja aku akan ganti balik duit tu.Selepas itu,aku memandu kea rah lebuhraya.Mungkin rezeki aku ada di Kluang.Biarlah aku meninggalkan segala kenangan pahit ku di sini.Setelah sampai di R&R Air Hitam,aku segera menunaikan sembahyang jamak takhir.Aku meneruskan perjalanan hingga lah tiba di Bandar Kluang. ‘Kluang,here I come’..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience