BAB 5

Romance Completed 2500

Isterinya itu kebingungan apabila tanpa usul periksa dirinya mulai ditampar, disepak dan di maki hamun perempuan curang. Puas Natalea meminta dia menghentikan tindakan ganasnya itu namun dia seperti kerasukan tidak mempedulikannya.

Apabila Natalea sudah lembik dan tidak bergerak barulah dia berhenti memukul Natalea.

Ketika itu barulah dia sedar kepala Natalea sudah berlumuran darah. Namun baru sahaja dia mahu berfikir sesuatu pihak polis sampai. Dia tidak tahu siapa yang menghubungi polis.

Keadaan menjadi agak tegang apabila dia mulai melawan untuk tidak di bawa ke balai.

Kekecohan itu mulai mengundang kehadiran jiran tetangga. Tidak lama kemudian sebuah ambulans juga tiba.

Natalea yang terbaring berlumuran darah itu diberi rawatan kecemasan sebelum di angkat ke atas strecther dan di masukkan ke dalam ambulans.

Malam itu kejiranan tersebut kecoh dengan peristiwa tersebut. Dia yang masih dipengaruhi alkohol sebenarnya tidak begitu menyedari apa yang berlaku.

Apabila di gari dan dipaksa naik ke atas land rover polis dia cuba melawan tetapi tidak berjaya. Malam itu dia meringkuk di lokap dan Natalea pula di bawa ke hospital.

Apa yang pasti dia masih belum menyesali apa yang terjadi dan tidak begitu memikirkan apa kesan dari kegilaannya tadi terhadap Natalea. Seminggu di lokap barulah dia dapat di ikat jamin oleh bapanya.

Perkara pertama yang didengarinya dari mulut bapanya ialah Natalea mengalami kecederaan teruk di seluruh badan. Akibat hantukan kuat di kepala

Natalea juga mengalami pendarahan otak dan menyebabkannya koma. Namun satu ayat yang membuatkan dia terkesima

“Kau tahu tak Lea mengandung Karl ?”. Matanya bulat memandang wajah bapanya, sungguh dia benar-benar terkejut.

“Lea mengandung ayah?” soalnya terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience