Beberapa bulan berkenalan akhirnya Karl meluahkan hasratnya mahu menjadikan Natalea isterinya yang sah. Karl dapat melihat betapa sepasang mata bundar itu bercahaya kegembiraan.
Maka Natalea membawa dirinya bertemu keluarganya. Ternyata keluarga Natalea menerima sahaja siapa pilihan anak tunggal mereka itu.
Setelah pasti dengan penerimaan keluarga Natalea, maka rombongan meminang dihantar. Selepas tiga bulan bertunang mereka diijabkabul di dalam majlis yang serba sederhana tetapi meriah.
Selepas berkahwin dia membawa Natalea berpindah. Natalea sebenarnya anak orang berada.
Berbanding dengan dirinya datang dari keluarga sederhana. Sebagai seorang lelaki di merasakan kewajibannya untuk memenuhi keperluan Natalea.
Mulanya kehidupan mereka bahagia dan sederhana sahaja. namun semuanya berubah selepas syarikat tempatnya bekerja ditutup dan dia mula menjadi penganggur.
Sebulan tidak bekerja mulai mengubah sikapnya. Dia mulai menjadi malas. Walaupun dia bekerja tetapi ia tidak kekal lama kerana dia merasakan kerja-kerja tersebut tidak sesuai dengan jiwanya.
Dia mulai merungut apabila kerja dengan gaji yang diterima tidak setimpal. Natalea menasihatinya supaya bersabar. Tetapi dia mulai menengking Natalea dan mulai mengungkit adakah Natalea menyesal mengahwininya.
Dari tengkingan akhirnya tangannya mulai naik ke muka dan badan Natalea. Selalunya ia akan berakhir dengan Natalea menangis kesakitan.
Semakin lama keadaan kewangan mereka makin meruncing menyebabkan Natalea sendiri mulai berusaha menampung masaalah tersebut dengan menjual lukisan yang dihasilkannya.
Usaha Natalea berbaloi apabila beberapa buah hasil lukisannya dibeli orang.
Share this novel