BAB 6

Romance Completed 2589

“Ya, tapi sayang kandungannya dan tiada. Lea keguguran Karl

“ lemah sahaja suara bapanya menuturkan.

Khabar itu sebenarnya bagai satu ledakan bom atom kepadanya. Karl mulai ditimpa kesalan yang tidak sudah. Dia mulai rasa sangat berdosa kepada Natalea.

“Maafkan Lea bang, ampunkan Lea” kata-kata itu terngiang-ngiang ditelinganya. Ya!, Lea merayu dan merayu tetapi dia begitu pekak dan tuli untuk memahaminya.

‘Lea tak berdosa, abang yang berdosa’ Karl menuturkannya perlahan dengan rembesan airmata yang bercucuran.

Dia meramas-ramas rambutnya sendiri. Kesal, marah dengan diri sendiri dan bingung bersatu membungkus dirinya di dalam kesalan yang amat dalam.

Di hospital dia diserang dan dimaki hamun oleh ibu Natalea. Ketika itu dia hanya mematung sahaja.

Dia menerima apa sahaja maki hamun dan kalau dibunuh pun dia sanggup kerana penyesalan di dalam hatinya jauh lebih berat dari apa yang sepatutnya dihukum ke atas dirinya.

Barulah dia tahu selama ini Natalea tidak pernah mengadu apa-apa. Malah orang yang dilihatnya keluar dari rumah pada malam kejadian adalah sepupu Natalea.

Sepupunya perempuan, cuma gadis itu agak sedikit tomboy. Sekali pandang memang akan kelihatan seperti lelaki.

Dia yang cemburu buta dan tidak pernah usul periksa. Sepupunya datang pun kerana mahu mengambil lukisan yang ditempahnya dengan Natalea. Lukisan gambar pemandangan itu ditempahnya dengan Natalea kerana mahu menghadiahkannya kepada kawan.

Namun leka berbual lukisan itu tertinggal ketika dia pulang. Menyedari lukisan tersebut tertinggal dia berpatah balik dan ketika itulah dia melihat Karl sedang memukul Natalea. Kerana bimbang dengan kegilaan Karl sepupunya menghubungi polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience