BAB 7

Romance Completed 2589

Semua cerita itu menyebabkan dia menjadi sangat menyesal dan kebingungan. Malah ketika mahu melihat Natalea dia terpaksa merayu ibu dan bapa Natalea. Dia rela jika selepas ini dia dihukum tetapi dia mahu melihat Natalea.

Puas merayu akhirnya bapa Natalea membenarkan. Luluh hatinya apabila melihat Natalea kini terlantar di atas katil hospital. Jelas di matanya seluruh tubuh Natalea lebam-lebam. Natalea kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

“Maafkan abang Lea..maafkan abang” itulah yang dirayu dan diulang-ulangnya ke telinga Natalea.

“Abang zalim, abang tak guna” Karl mengongoi. Dia menyesal dan sangat-sangat menyesal. Di saat ini jika Natalea itu berdiri di hadapannya dia mahu memaut kaki Natalea dan memohon ampun.

Setelah berbincang akhirnya keluarga Natalea tidak mahu mendakwa Karl kerana mendera anak mereka. Bagi mereka melihat keadaan Karl sekarang sebenarnya itu hukuman yang paling teruk dari di penjara.

Natalea koma dan bakal anaknya juga telah tiada. Setiap hari Karl duduk di sisi Natalea. Setiap hari dia akan menangis dan meminta maaf kepada Natalea walaupun Natalea tidak mendengarnya.

Sebulan koma akhirnya Natalea sedar. Ketika Natalea sedar Karl lah yang paling gembira. Kalau boleh dia mahu mengumumkan kepada dunia Natalea nya sudah sedar.

Namun semuanya tidak bermakna. Natalea memang sedar dari koma. Tetapi Natalea tidak mengenali sesiapa. Natalea yang pernah dikenalinya kini tidak mengenali dirinya juga.

Kerosakan otaknya menyebabkan memori silamnya lenyap. Otaknya juga tidak mampu menyimpan apa-apa memori akan datang. Setiap hari Natalea akan bangun dan terjaga dengan fikiran yang kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience