Sudah hampir setahun Karl membawa Natalea ke tebing pasir itu. Karl teringat saat-saat manisnya dahulu dengan Natalea.
“Karl tahu tak, tempat ni paling menenangkan Lea. Tempat ni seolah-olah membawa Lea mengembara ke mana sahaja Lea mahu. Tempat ni juga memberikan Lea Karl, lelaki yang paling Lea cintai” itu kata Natalea. Karl kesal kerana itulah satu saat yang sebenarnya pernah dia lupakan.
Karl tersenyum hambar mengenangkan bicara Natalea itu. Mengenangkan bicara Natalea itu ia bagaikan selumbar paling tajam di hatinya. Selumbar yang memberikan parut kekal untuk selamanya.
Karl masih ingat ketika mereka baru berkenalan. Natalea di tebing pasir ini. Saat itu dia sangat terpikat melihat Natalea yang asyik melukis.
Natalea sedang mempotrekan pemandangan lautan yang terbentang luas di hadapannya ketika itu.
Natalea sangat cantik walaupun ketika itu di pipi Natalea terdapat palitan warna biru. Ketika itu Natalea juga wanita paling sempurna di hatinya.
Kerana desakan hatinya dia mengikut langkah kaki dan memberanikan diri menegur Natalea.
Ternyata tegurannya di sambut dengan ramah. Ya Natalea seorang gadis yang peramah.
Senyumannya sangat manis di tambah sepasang lesung pipit di pipi. Dari pandangan pertama hatinya sudah terpaut. Ya dia jatuh cinta dengan Natalea dari pandangan pertama.
Dan dari perkenalan singkat itu bercambahlah bunga cinta antara mereka. Tebing pasir itu menjadi saksi lafaz cinta termetrai.
Bahagianya mereka menganyam impian cinta yang mekar di temani simbahan bayu laut. Harum dan wangi membuai bahagia.
Share this novel