BAB 9

Romance Completed 4526

“Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah gantilah penderitaannya dan berilah padaku Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha, kerana sesungguhnya dia lagi berhak pulang kepadamu. Dia adalah milik-Mu..”

Di saat-saat akhir usianya, aku tak pernah jemu menemaninya, membacakan dia ayat-ayat suci Al-Quran dan adakalanya Faiz juga berada di sisi ibunya turut serta membacakan Yassin.

Pada hari Jumaat, ketika umat Islam bersiap sedia menunaikan solat Jumaat, isteriku Zalikha Ar-Raudha dijemput Illahi dalam tidurnya. Sebelum tidur untuk selamanya sempat lagi dia memberikan susu terakhir dari tubuhnya untuk anakku yang masih lagi menyusu badan, sempat lagi dia menulis nota mengingatkan aku akan tugasan yang harus ku lakukan sendiri selepas ini untuk Faiz dan segala perihal rumah termasuklah peringatan untuk aku mengunci semua pintu .

Entah kenapa aku bagaikan tahu dia akan dijemput Illahi, sebelum aku mahu berangkat untuk solat Jumaat, aku sempat berbual-bual dengan dia walau hanya menerusi tulisan di atas kertas, dia meminta aku untuk mengajarnya mengucap, selalunya hatiku berat untuk melakukannya kerana aku bimbang tidak dapat bertemunya meski sering dia kata yang dia hanya mahu bersiap sedia sahaja. Namun hari itu hatiku ringan untuk dan tenang, kami bersama-sama mengucap syahadah.

Sempat dia memohon ampun padaku andai kata dia gagal menjadi isteriku selama ini, ku kucup dahinya buat kali terahir dank u katakan aku akan kembali dengan segera selepas solat dan dia angguk lalu membalas dengan senyuman paling manis, tetap anggun seperti Zalikha yang telah berjaya menawan hatiku, namun kali ini dia kelihatan anggun dan berseri-seri, sempat dia minta agar aku sarungkan tudung renda warna putih di kepalanya, hadiah pemberian ku sempena ulag tahun perkahwinan kami yang pertama. Bersama iringan senyuman itu dia pergi menhadap pencipta-Nya.

Pergilah kau wahai isteriku, dewi Syurgawi. Aku ini tidak pantas untukmu namun aku berjanji mengaja amanah dan bukti cinta kita, aku mahu menjadi sebaik-baik hamba agar dapat kita bertemu semula di taman syurga Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience