BAB 2

Romance Completed 4528

Gatal sangat nak kahwin tak buat background check? Encik Jelani aka FIL aku ni siap tanya kalau aku tak dapat kahwin dengan anak dia, apa aku nak buat? Aku cakap aku akan terus ada di rumah diorang duduk tercongak sampai pakcik setuju.

Diajukannya lagi soalan tak puas hati pasal aku nak kawhin dengan orang aku tak kenal, aku teruss bagi jawapan last resort aku, saya akan kenal anak pakcik selepas kahwin, itu lagi afdal. Terdiam terus orang tua tu.

Tipulah kalau aku kata lepas tu bapak dia bagi green light. Aku akui yang aku down teruk gila babi masa tu. Rasa macam bapak dia rejek aku kaw-kaw mentang-mentanglah aku bukan engineer, foktor ataupun ahli politik dark tall and handsome macam KJ.

Mungkin juga dia nak uji kehebatan cintaku pada Zalikha. Ikutkan hati aku nak proceed je dengan calon lain, yang soang ni memang aku berkenan teruk dan kira geng dengan makwe bernama Siti ni, namun pada akhirnya kau harus berpegang pada ketentuan jodoh dan takdir dari Tuhan bahawa aku dan Siti tak dapat menyatu.

Selepas seminggu tempoh untuk keluarga Ika membuat keputusan ku berikan pun tiba. Punyalah main berdebar bagai nak jatuh jantung aku tunggu. Dan tak sangka akhirnya pinangan aku ini diterima. Tak sangka muka tak siap aku ni diterima juga. Fuhh lega! Alhamdulillah.

Jadi memang sah, selamat tinggal siti duhai dara pujaan. Siti terima dan akur saja bahawa aku batalkan niat untuk memperisterikannya padahal aku masa tu dah siap sembang pasal duit hantaran dan mengira waktu untuk merisik dia sebab aku mati-mati ingatkan keluarga Ika akan tolak pinangan aku.

Kejam sungguh tindakan aku pada Ika, mujur selepas tu aku dapat tahu Ika sudah ada mambang baru yang katanya terpaksa dilayan demi untuk mengubat hati yang lara.

Maafkan aku Ika, buatlah apa kau mahu asal kau bahagia. Jangan lagi dikenang lelaki pendusta sepertii aku. Percaya sahaja aku pernah mencintaimu.

Lepas tu apa? Perlu ke nak cerita bro? Macam biasa hari bahagia yang dinanti tiba, engan hanaya satu lafaz aku sah menjadi suami Ika. Gembira bukan kepalang aku jadinya. Namun isteri aku ni boleh tahan hati keringnya. Aku ingatkan dia hanya berta mulut pada lelaki bukan ajnabi tapi dengan aku sekali dia taknak bercakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience