BAB 3

Romance Completed 4526

Sepatah aku tanya, sepatah tu jugalah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut maka hanya kedengaran bunyi kipas, cicak dan juga cengekerik saja di rumah ni.

Aku konfem bini aku ni tak bisu, tak ada juga penyakit anti sosail, kadang dia bercakap juga tanpa aku minta. Tapi untuk aku yang sejenis banyak mulut ni, memang sselalu rasa sunyi taka da teman bersembang. Lagi satu dia ni sejenis yang blur.

Ada saja benda yang dia tak tahu dan tak faham apa yang aku cakap. Kalau aku cerita sesuatu atau berjaya achieved sesuatu dia hanya balas dengan acuh tak acuh, tak supportive langsung bini aku ni.

Dia hanya tahu tayang muka dia yang lawa gebu tu, tapi lawa dari luaran saja tak mencukup bila jiwa kau rasa kosong..

Dan antara benda yang akau buat untuk dia adalah bila akau korbankan habit aku yang suka merokok. Bukan setakat asap rokok saja buat dia terbatuk terjelepuk sesak nafas bahkan bau mulut aku yang katanya macam racun tikus ni pun buat dia pening kepala dan terbatuk selama tiga hari berturut-turut. Sudahnya kerana sayang bini puunya pasal walaupun bini aku ni sejenis hati kering aku korbankan dan berhenti merokok.

Ika bekerja di hospital bahagia farmasi, dan aku pula sejenis yang benci bau ubat. Asal hidu saja mesti pening kepala. Jadi setiap kali aku hantar dan jemput dia mesti bau ubat.

SUdahnya aku coverl line dengan buka tingkap seluas-luas alam, Ika juga tensen dengan sikap aku ni, asal dia ada aku akan bukan tingkap habis beterbangan tudung yang berjam-jam disarungkannya itu.

Nak dijadikan cerita, pada satu hari semasa hujan lebat. Aku jemput Ika seperti biasa dan setiap kali itu jugala bau ubat yang maha kuat dan payau itu menyeksa jiwaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience