BAB 7

Romance Completed 4526

Pada satu hari, Ika jatuh pengsan dan doktor maklukan bahawa kondisi Ika semakin tenat dan tubuhnya semakin lemah serta menolak ubat-ubatan. Hayat Ika semakin dekat.

Tanpa sedar aku meraung menangis memikirkan akan kehilangan isteri bila-bila masa. Sungguh aku menyesal dengan layanan dan segala amsa yang aku sia-siakan selama ini.

Ika dah bagi aku jiwa dan raganya, tunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, korbankan kebebasannya dan hanya duduk terperuk di rumah , jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji dan tak pernah mengadu kesusahannya walau sekalipun.

Aku paksa dia berhenti kerja walhal punyalah bertahun-tahun dia belajar perubatan bahkan di rumah pun dia sering habiskan masanya dengan membaca buku-buku berperihal perubatan. Sungguh dia begtu cintakan bidang itu dan aku lelaki tak guna yang menghapuskan kegembiraannya. Ampunkan aku Ika.

Seharian menjaga Ika di wad, aku balik ke rumh untuk mandi, solat dan segarkan diri. Sedang bersiap aku tergerak hati untuk membelek-belek semula kenangan kami yang tersimpan di sebuah kotak hantaran.

Ada macam-macam benda di dalam tu namun aku tertarik hati membaca sehelai kertas yang terselit pada kotak jam tangan. Ku belek-belek kertas itu, rupanya ia adalah sehelai surat tulisan tangan Ika.

2 Febuari 2011

Buat suamiku tercinta

Terima kasih kerana hatuh cinta padaku dan tak pernah berputus asa menawan hatiku walau sudah lama sebenarnya kau menawan hatiku iaitu sejak kali pertama kita bertemu dulu. Sungguh kamu yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Sperti kamu, aku juga benar-benar cinta padamu,
Sungguh tangisan kesyukuran bergenang saat kau melamarku.
K umenangis bila dirimu melamarku

Buat suamiku tercinta,

Pada luaran mungkin aku nampak indah sempurna hingga kau terpesna namun
diriku bukanlah sesempurna abang sangka,
kerana setiap apa yang ada di anggota badan kita ini bukan milik kita tapi DIA.
Buat suamiku sayang,

Di saat abang ingin melihat Ika ketawa,
Ika hanya mampu membalasnya dengan sebuah senyuman.

Di saat i abang mahu teman bercanda, Ika hanya mampu tersengih.
Kerana Ika tak mampu berbica, Seperti orang lain berbicara,
Kerana Ika tak mampu ketawa, Seperti orang lain dan itu akan buat abang sunyi selalu. Maafkan Ika.

Jika membaca surat ini akan memusnahkan cinta abang pada Ika,
Ika pasrah dan relakan abang pergi menjauh,
Jika membaca surat ini Ika tetap dihati abang,
Ika panjatkan sejuta syukur...

Yang benar,
Isterimu yang terpaksa untuk membisu atas suratan takdir
Zalikha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience